Skip to main content

AiS DaN BeRiTa

Sewaktu sekolah, kita disogokkan dengan buku.
'Bacalah buku kalau nak pandai'.
Kemudian akhbar.
'Bacalah surat akhbar, nanti takdelah jadi katak bawah tempurung.'
Kemudian internet.
'Layarilah internet untuk mengetahui maklumat di seluruh dunia'.

Apabila membaca sesebuah buku itu,
sama ada fiksyen atau bukan
saya sering tertarik dengan sesuatu yang menarik
seperti fakta pelik atau menakjubkan
dan akan benar-benar percaya setiap satunya
walaupun betapa tak logiknya benda itu.

Pernah juga semasa saya di sekolah menengah,
saya membaca risalah parti pembangkang
mengenai Mahathir mempunyai isteri kedua orang cina
dan beragama kristian (disebabkan dia memakai loket salib)
dan saya percaya 100% tanpa banyak soal.

Apabila membesar menjadi remaja normal yang lain,
saya juga jarang membaca akhbar
dan apabila saya terbaca (atau berada dalam mood rajin)
saya akan mengangguk-angguk dengan khusyuk
membaca akhbar seperti seorang rapper.

Namun apabila saya memasuki universiti
saya dikejutkan dengan fakta
"Tidak semua yang kita baca benar".
Ya, memang sangat naif.

Seperti orang konservatif yang lainnya,
saya tidak terus percaya tentang ayat tersebut,
dan terus dengan kepercayaan saya terhadap
apa yang tersurat dan tertulis.

Seperti peribahasa:
'Sekali air bah, sekali itulah pantai berubah'.
Saya pun turut mengalami transformasi diri
apabila saya menyedari betapa banyaknya yang palsu 
dari yang nyata.

Sebagai mahasiswa, kami seperti dianggap
golongan cendiakiawan bagi memimpin generasi hadapan,
maka banyaklah yang ingin kami mendengar
apa yang mereka katakan.

Dari kerajaan mahupun pembangkang.
Sebagai seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu,
saya kemudiannya melayari portal, blog, laman web,
akhbar, video, arkib,
yang berleluasa di internet dan 
mendapati seolah tiada apa yang boleh dipercayai.

Kemudian satu terdengar seseorang berkata:
'Satu je boleh percaya bila baca akhbar,
keputusan 4D TOTO'.
Hah, amik kau.

Bukankah akhbar itu direka untuk menyampaikan
berita kepada rakyat jelata?
Bukankah berita itu bermaksud sesuatu perkara yang telah berlaku?
Bagaimanakah timbulnya bias dalam penyampaian berita?

Kadang-kadang rasa macam nak baca Metro je,
walaupun cerita yang disampaikan setaraf Mastika,
namun sekurang-kurangnya kalau kena tipu pun
takdelah mengenai hal melibatkan negara atau dunia.

Kebelakangan ini, banyak isu tentang kewartawanan dipersoalkan.

Semenjak kewujudan blog yang semakin berleluasa,
sudah beberapa blogger ditangkap disebabkan bebrapa
penulisan yang berunsur fitnah di tulis
atas dasar tiada sifat kewartawan dalam diri.

Beberapa blog hiburan juga dikecam
oleh akhbar hiburan atas dasar menyampaikan berita artis
tanpa sumber yang tepat dan boleh dipercayai
dan tidak mempunyai sidat kewartawanan dalam diri.

Namun tatkala wartawan sendiri yang mempunyai
pengalaman berpuluh tahun dalam bidang ini
turut menyampaikan sesuatu berita
mengikut emosinya dan khabar angin,
apakah itu dasar kewartawanan yang betul?

Berita mengenai isu Namawee dan Utusan,
Ira Shazira tidak membayar katering,
Wartawan tidak dilayan di majlis perkahwinan Yasmin Hani,
dan banyak lagi
seolah menjadikan wartawan itu bersifat one-way
melihat cerita itu dari sudut sendiri dan emosi sendiri
tanpa membongkarkan apa yang terkadi sebenarnya.
Anda mungkin ingat akan
suatu ketika dahulu yang dihoskan oleh Wan Kamarudin.
Cerita itu mendapat reaksi orang ramai
kerana wartawan ini membongkar satu demi satu
isu semasa yang menjadi isu rakyat jelata
namun dianggap remeh oleh orang atasan
tanpa mengira kerajaan mahupun pembangkang.

Ya, saya boleh memahami mengenai sekatan
kerajaan akan isu yang tertentu,
tentang apa yang tidak harus disebarkan,
namun apabila berita mempunyai pembangkang,
cerita seperti itu dijual seolah-olah pisang panas
layaknya.

Jika itulah sifat kewartawanan mereka,
bukankah mereka saling tak tumpah seperti kita,
menulis sesuatu atau dasar emosi dan khabar angin
tanpa jelas tentang kebenarannya.

Saya merasakan program seperti Melodi 
harus di franchisekan kepada beberapa bidang lain.

Contohnya, sekarang hiburan.
Apabila sesuatu isu itu berlaku, wartawan tersebut akan
meminta penjelasan dari kedua buah pihak,
meskipun kadang kala
satu pihak cakap lain, satu lagi lain
sekurang-kurangnya itu dari sumber yang asli
tiada dari kedua atau ketiga.


Salahkah kalau kita meminta untuk mereka menyampaikan 
apa yang benar,
dan tidak mempersoalkan setiap kali membaca sesuatu?

Taken from http://nha-trang.travel/service/22-news.nttv

Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

iCe aND PSYCH

After awhile looking for another worth-watching and download TV Series after Prison Break,  I tried to watched  Dexter . It is interesting. I just not did not fit to watching murder drama. Although in this drama it is not as bad as I make it sound. For my defense, I could not even watch Saw. My finger automatically click the X button at the upper-right just after 10 second of the opening. I do not know since when. One year ago, I still watching the Final Destination's and Wrong Turn's movies without any problem. Well, after looking for a while from my favorite downloading blog,  Mediafirefreaks I wanted to give a try to this drama series. The title itself make me curious. Psych. A new one. Is it like a vampire's story? Huahuahua.. The main character of this movie Shawn Spencer (James Rowdy- green shirt) and his parter Guster Burton (Dule Hill) were the most interesting partner ever. They were best friend but having an entirely different life. Gust...

iCe aND CaR

First day drove a car after taking license.  Actually it's been almost a year I already passed the JPJ test but since then,  I don't have a guts to drive. Hehe. Actually it's kind of funny, because I dare to ride a bike around JB even my license is just L. The first time is always the hardest. It feels like taking the test all over again. Alhamdulillah, I manage to do it. Thanx to all the support and encouragement.. Hooray!!!