Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Cakap je..

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

Peluang

Aku sedaya upaya cuba tak nak rasa menyesal.. Kebaanyakannya lebih kepada layanan kepada orang.. Aku akan tanya diri aku sendiri, aku akan menyesal ke bila buat macam ni kalau itu merupakan hari terakhir orang tu? Adakah aku akan menangis minta maaf tanpa henti? Bila aku diberi peluang, aku pun akan fikir macam tu.. Aku akan menyesal tak bila buat ni? Sebab tu bila kawan aku ajak aku on the spot, aku akan ambil masa sama ada nak bersetuju atau tak.. Sebab biasanya jawapan pertama yang akan keluar adalah tak.. Dalam sebulan yang lepas, aku dapat satu peluang permohonan untuk buat benda yang aku idamkan.. Namun, disebabkan aku rasa afraid of the unknown , aku lepaskan peluang tu.. Aku lansung tak memohon, dan buat pelbagai alasan kenapa aku tak sempat.. Lepas je tarikh tamat permohonan, aku terus rasa menyesal.. Aku tanya kat diri sendiri, kenapa aku tak mohon? Takut kena reject? Takut kalau dapat? Kelakar kan bila kita soalkan semula perasaan tu.. Rasa macam p...

Ada hikmah di sebaliknya

Bismillahirrahmannnirrahim. Tajuk sangatlah tak boleh blah.. Semalam nampak ada kawan post pergi daki gunung. Cemburu. Kita baru sampai tahap bukit je -_- Kemudian google jumpa wikipedia mengenai gunung-gunung di Malaysia. Nak gelak bila kira berapa je dah sampai.. Ikutkan bulan Januari tahun depan akan mendaki Gunung Kinabalu. Tetiba kawan telefon beritahu yang tarikh tu tak available. Maksudnya dah fully booked. Okay, tiket flight dah beli.. Itulah yang dikatakan kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Dia nak try adjust date. Nasib baik kitorang punya flight ada lebih sehari. Adjustlah mana yang patut. Jadi sekarang tengah tunggu berita baik. Kalau ada rezeki naik, adalah. Kalau tak ada, mungkin ada hikmah disebaliknya . =) Itu merupakan ayat favourite suami kawan saya. Siap bila abang dia hilang kereta, dia cakap macam tu juga. Kalau tak jadi, mungkin ada sesuatu buruk yang akan berlaku dan kita terelak dari ...

AiS DaN BeRiTa

Sewaktu sekolah, kita disogokkan dengan buku. 'Bacalah buku kalau nak pandai'. Kemudian akhbar. 'Bacalah surat akhbar, nanti takdelah jadi katak bawah tempurung.' Kemudian internet. 'Layarilah internet untuk mengetahui maklumat di seluruh dunia'. Apabila membaca sesebuah buku itu, sama ada fiksyen atau bukan saya sering tertarik dengan sesuatu yang menarik seperti fakta pelik atau menakjubkan dan akan benar-benar percaya setiap satunya walaupun betapa tak logiknya benda itu. Pernah juga semasa saya di sekolah menengah, saya membaca risalah parti pembangkang mengenai Mahathir mempunyai isteri kedua orang cina dan beragama kristian (disebabkan dia memakai loket salib) dan saya percaya 100% tanpa banyak soal. Apabila membesar menjadi remaja normal yang lain, saya juga jarang membaca akhbar dan apabila saya terbaca (atau berada dalam mood rajin) saya akan mengangguk-angguk dengan khusyuk membaca akhbar seperti seorang rapper. Namun apabila saya memasuki universi...

iCe DaN sHoPaHoLiC

Bila cakap je pasal shopping, satu aja yang akan ada dalam fikiran semua orang. Wanita... Wanita memang tak boleh nak dipisahkan dengan shopping. Kenapa ea? Pernah suatu ketika dulu, saya merasakan saya bukan berada dalam golongan ini. Duit habis untuk beli apa yang perlu aja, sampaikan sampai akhir sem tak sampai separuh yang luak. Huhuhu... Kawan saya cakap bukan saya ni tak shopaholic, tapi saya spend kat benda yang tak berapa nak mahal, kira yang memang tak akan habiskan duitlah. Shopping pun kat MyDin, makan kat kafe je, hujung minggu dapat makan free je, of courselah duit tak berusik. Tapi itu cerita dulu. Pernah juga satu ketika ketika cuti sem, saya berbelanja boros dengan kawan2. Satu hari sampai RM100 burn gitu je. Masa tu dah rasa memang boros gilalah. Siap search lagi cara nak atasi boros. Then jumpa satu entri. Katanya, orang boros ni boleh dilihat dari satu habit. Hm.. Habitnya ketika menggosok gigi. Sekiranya dia menggosok gigi sambil membiarkan air paip terus...

aiS DaN JaNGKaaN

Jangkaan atau dalam bahasa inggerisnya adalah expectation merupakan kunci kepada perjalanan emosi seseorang dalam sesuatu hari. Percaya tak? Okay... Saya bagi contoh. Pada suatu pagi yang cerah, anda merancang untuk bersiar-siar atau sekadar melepaskan rindu pada matahari, tup tup tidak semena-mena dalam pukul 9 pagi, hujan. Apakah perasaan anda? Contoh yang lain... Anda akan menduduki ujian JPJ pada hujung minggu ini, anda berasa sangat berdebar  dan dalam masa yang sama teruja.  Anda sanggup tidak pulang ke rumah meskipun ibu anda sangat merindui anda dengan alasan lepas je ujian, anda akan pulang ke rumah untuk bersama keluarga tercinta. Dengan tidak semena-mena, 2 hari sebelum ujian tersebut,  anda diberitahu ujian tersebut ditunda kepada 2 minggu lagi. WTH!! Hahaha... Kan? Betul tak seperti yang saya katakan? Emosi itu bergantung pada jangkaan anda kepada sesuatu. Macam juga sekiranya anda hendak makan di sebuah gerai kerana hendak mengushar abang hensem,  ...

SeLaMaT DaTanG Ke DuNia BLoG aiS

Selamat datang dan Selamat Sejahtera. Hehehe. Kenapa ais kacang? Sebab saya sangat sukakan ABC (Air Batu Campur). Saya rasa ABC adalah pencuci mulut yang paling sedap dan menarik untuk dimakan. Memang tak akan jemu punyalah. Tapi tak boleh nak makan hari-hari sebab sure sakit tekak + batuk-batuk = selesama / demam. Pernah sekali, jiran saya baru meniaga abc, satu hari tu dua tiga kali saya beli.  Akibatnya saya hilang suara selama 3 hari. (-_-) Jadi kenapa dengan guna nama ais kacang? (^_^) Nama ais kacang tu kedengaran lebih klasik. (Klasik? Hahaha) Saya suka bila dengar orang utara sebut ais kacang. Diorang ada slang diorang sendiri yang buat bunyinya macam sedap. Blog ini bukan dibuat untuk bercerita mengenai ais kacang atau ssaudara-maranya. Ini lebih kepada perkongsian saya kepada semua. Melihat dunia dari kaca mata saya (even x pakai spek pun) Kita masing-masing berbeza. Mempunyai pemikiran, kepercayaan dan pekspektif yang berbeza. Jadi saya ingin berkongsi sudut pandangan...