Sekarang memang musim hujan. Boleh dikatakan hampir setiap petang mendung dan malamnya akan hujan. Jumaat lepas, semasa sedang menunggu bas hendak pulang, hujan mula merintik turun. Pada mulanya, ingatkan gerimis biasa. Cool je lagi tunggu dengan orang ramai. Apabila hujan semakin lebat, masing-masing cari tempat teduh. Saya dah bercadang nak berteduh bawah satu pokok yang agak rimbun, masalahnya pokok itu sangat berdekatan dengan seorang budak lelaki ini. Budak lelaki ini pula, tidak pula seperti hendak berteduh disitu. Dia hanya berdiri berdekatan dengan pokok itu. Huh... Hujan pun mula turun dengan lebat. Rintik-rintik hujan mula terasa dikepala. Beg bimbit semakin ditarik kesisi agar laptop yang berada didalamnya tidak basah. Tiba-tiba sahaja terasa rintik-rintik hujan itu hilang. Saya melihat hadapan saya. Hujan masih lagi turun. Sudah terdapat air yang bertakung di tepi jalan raya. Saya menoleh ke sebelah kiri saya. Seorang perempuan bertudung pink berkongsi payung dengan say...
Sedapnya bila makan ais kacang...