Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Artis

Mat Bomer

Does anyone know who Matt Bomer is? Anyone? =) Since all the tv series that I currently hooked on approaching the finale, I took an initiative to find another tv series. And one of my download site reupload White Collar for full season 2. So I searched a little bit about the series and decided to try the tv shows. Well, when you watch a lot of criminal shows,  it's hard to find another one that make you fall for it and wanting for more. Though, luckily for this tv series, it had Mat Bomer as the attraction.    Who wouldn't fall for the the pretty face, right? And as much pretty as the face, there's also a not pretty story about the actor. Just let me state this. We are clearly out of the league. Well, anyone will say, "I knew it," But actually we didn't know it as long as it confirmed. So, as far for the tv series, White Collar, it have interesting story line. A criminal working with the FBI to catch a ...

AiS DaN BeRiTa

Sewaktu sekolah, kita disogokkan dengan buku. 'Bacalah buku kalau nak pandai'. Kemudian akhbar. 'Bacalah surat akhbar, nanti takdelah jadi katak bawah tempurung.' Kemudian internet. 'Layarilah internet untuk mengetahui maklumat di seluruh dunia'. Apabila membaca sesebuah buku itu, sama ada fiksyen atau bukan saya sering tertarik dengan sesuatu yang menarik seperti fakta pelik atau menakjubkan dan akan benar-benar percaya setiap satunya walaupun betapa tak logiknya benda itu. Pernah juga semasa saya di sekolah menengah, saya membaca risalah parti pembangkang mengenai Mahathir mempunyai isteri kedua orang cina dan beragama kristian (disebabkan dia memakai loket salib) dan saya percaya 100% tanpa banyak soal. Apabila membesar menjadi remaja normal yang lain, saya juga jarang membaca akhbar dan apabila saya terbaca (atau berada dalam mood rajin) saya akan mengangguk-angguk dengan khusyuk membaca akhbar seperti seorang rapper. Namun apabila saya memasuki universi...

aiS DaN SyaWaL

Alhamdulillah diketemukan lagi akan nikmat Syawal. Bulan untuk meraikan kemenangan atas segala penat lelah dan jerih perih kita untuk menahan hawa nafsu dan lapar dahaga selama sebulan. Bulan untuk kita bermaafan atas segala salah silap dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kaum keluarga dan sahabat handai dengan saling berkunjungan dan bemaaf-maafan. Bulan untuk mensyukuri atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah yang menjadikan hari ini begitu indah dan bahagia sekali. Oleh disebabkan tema baju raya tahun ni warna ungu, (walaupun tak berapa nak ungu sangat) sibuk mencari gambar yang berwarna ungu, supaya nak disesuaikan dengan tema raya. Hik hik hik. Hm.. Walaupun ada terima berita yang tidak dijangka hari ini, namun segalanya berjalan lancar. Kita tak mengetahui apa yang dirancangkan untuk kita walaupun seolah-olah benda itu sudah berada di depan mata. Okay, enough with the drama... Jadi, apabila saat terakhir baru nak siapka...

aiS DaN SiTi SaRaH & SHuiB

Salam Ramadhan... Semua sedia maklum akan kemenangan kumpulan Sepah dalam pertandingan Maharaja Lawak yang lepas. Saya bukanlah peminat setia rancangan ini, namun saban minggu apabila rakan-rakan turut serta tag dan masing-masing sibuk komen akan rancangan ini, maka saya turutlah terpengaruh. Pada mulanya hanya melihat show JoZan dan Nabil sahaja sebab itu yang banyak ditagkan. Namun apabila saya pulang ke rumah, adik saya turut meminati rancangan ini dan mendownloadnya dari YouTube dari mula hingga akhir saya pun melihat satu persatu lawak setiap kumpulan. Namun antara semua kumpulan, lawak Sepah paling melekat dihati. Saya langsung tidak menjangka akan lawak mereka, dan lawak mereka sangatlah kemelayuan. Yang paling saya rasa sangat terkesan ialah pada episod pertama ML. Perihal "Yang kamu makan Friskies tu kenapa?" dan "Tukarlah nama kepada malang, malangkan tak berbau" membuatkan saya seringkali tersenyum sendiri meskipun sudah beberapa kali melihat episod te...