Sewaktu sekolah, kita disogokkan dengan buku. 'Bacalah buku kalau nak pandai'. Kemudian akhbar. 'Bacalah surat akhbar, nanti takdelah jadi katak bawah tempurung.' Kemudian internet. 'Layarilah internet untuk mengetahui maklumat di seluruh dunia'. Apabila membaca sesebuah buku itu, sama ada fiksyen atau bukan saya sering tertarik dengan sesuatu yang menarik seperti fakta pelik atau menakjubkan dan akan benar-benar percaya setiap satunya walaupun betapa tak logiknya benda itu. Pernah juga semasa saya di sekolah menengah, saya membaca risalah parti pembangkang mengenai Mahathir mempunyai isteri kedua orang cina dan beragama kristian (disebabkan dia memakai loket salib) dan saya percaya 100% tanpa banyak soal. Apabila membesar menjadi remaja normal yang lain, saya juga jarang membaca akhbar dan apabila saya terbaca (atau berada dalam mood rajin) saya akan mengangguk-angguk dengan khusyuk membaca akhbar seperti seorang rapper. Namun apabila saya memasuki universi...
Sedapnya bila makan ais kacang...