Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bulan Islam

What A Wonderful Life =)

Tak tahu kenapa, setiap kali Ramadhan, mesti teringat Ramadhan yang sebelum ni. Apa yang dibuat, apa yang berlaku, apa yang penting, apa yang tak mahu... Umpama Ramadhan itu sendiri seperti satu aras untuk mengenang kembali apa yang sudah berlaku. Mungkin juga disebabkan Ramadhan itu setahun sekali dan peristiwa yang berlaku di dalamnya mudah untuk diingat, jadi secara tak langsung membuatkan kita lebih spesifik akan sesuatu peristiwa. Haha... Okay, tak tahu merepek apa ni.. Diharapkan Ramadhan kali ini lebih bak dari tahun2 sebelumnya =)

AiS DaN MauLiDuRRaSuL

Salam Maulidurrasul  =) Selepas berkurun baru nak jenguk blog ni... Banyak benda nak share kat sini, namun kadangkala rasa seperti sukar untuk menaip hatta satu huruf sekalipun. Hari ini kita menyambut Maulidurrasul. Rasanya kalau tak disebabkan hari isnin rakyat Malaysia majoritinya cuti, rasanya kita tak tahu bila  12 Rabiulawal 1433H. Rasanya baru je hari tu kita menyambut Raya Haji, dan dan dah sambut Maulidurrasul. Mungkin durasi bulan Islam yang lebih pendek dari  bulan geogrian (ya ke?) menyebabkan kita merasakan begitu cepat masa berlalu. Teringat zaman sekolah dulu. Setiap kali Maulidurrasul mesti akan pergi ke Masjid, berarak ramai-ramai pakai baju kurung, selawat, dengar ceramah maulidurrasul dan lepas tu dapat makan nasi briyani. Even masa tu mengikut aja orang, apabila dewasa rasa rugi sangat tak buat macam tu lagi. Rasanya kalau jadi cikgu sekolah mesti dapat rasa lagi kan? Eh, macam nak tukar profession je? diupload dr ismakedah.net Sempena Maulidurra...

aiS DaN SyaWaL

Alhamdulillah diketemukan lagi akan nikmat Syawal. Bulan untuk meraikan kemenangan atas segala penat lelah dan jerih perih kita untuk menahan hawa nafsu dan lapar dahaga selama sebulan. Bulan untuk kita bermaafan atas segala salah silap dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kaum keluarga dan sahabat handai dengan saling berkunjungan dan bemaaf-maafan. Bulan untuk mensyukuri atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah yang menjadikan hari ini begitu indah dan bahagia sekali. Oleh disebabkan tema baju raya tahun ni warna ungu, (walaupun tak berapa nak ungu sangat) sibuk mencari gambar yang berwarna ungu, supaya nak disesuaikan dengan tema raya. Hik hik hik. Hm.. Walaupun ada terima berita yang tidak dijangka hari ini, namun segalanya berjalan lancar. Kita tak mengetahui apa yang dirancangkan untuk kita walaupun seolah-olah benda itu sudah berada di depan mata. Okay, enough with the drama... Jadi, apabila saat terakhir baru nak siapka...

aiS DaN RaMaDHaN

Salam akhir Ramadhan... Dah nak habis Ramadhan baru sibuk nak post.. Hehehe.. Basically semua tahu apa itu Ramadhan, Bulan ke-9 dalam kalender Hijrah. Namun yang paling semua orang maklum akan perkara wajib dilakukan pada bulan ini. Ya.. Berpuasa dan menunaikan zakat. Apabila dah dewasa ni,nikmat puasa rasa lain dari dulu2. Kalau dulu puasa sebab kena suruh, kalau rasa nak buka puasa pun takut sebab kan ibu bapa bukan yang Esa. Namun setelah dewasa, Alhamdulillah, rasa nikmat, taqwa itu, meskipun sikit, memberi keinsafan dalam diri. Menjaga nafsu. Meski kadang2 sukar hendak menjaga mata dari melihat paparan yang mengurangkan pahala puasa, namun benarlah kata orang, kalau kita hendak berbuat baik, nescaya akan dibantu oleh Allah. Sebenarnya dalam 2 bulan ini, hati rasa tak tenteram dan sibuk mencari arah tuju diri. Selalu sangat lupa kan tempat untuk dituju. Yakin dan bongkak diri mampu menyelesaikan segalanya. Sampailah ke satu tahap diri memang tak mampu lagi ...

aiS DaN Syaaban

Assalammualaikum.. Salam Nisfu Syaaban semua.. Lepas Syaaban, Ramadhan akan menjelma. Sekadar perkongsian.. Apakah itu sebenarnya Nisfu Shaaban? Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib) Apakah kebaikan hari ini berbanding biasa? Nabi Muhammad bersabda "Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.” Jawapan bagi soalan diatas ditaja oleh: Surau Al-Mizan Kompleks Kediaman Dutamas Hm... Mungkin ramai antara kita yang tahu namun lupa. Bila cakap pasal lupa semua, teringat perbualan dengan adik. Adik saya ni...