Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

aiS DaN SyaWaL

Alhamdulillah diketemukan lagi akan nikmat Syawal. Bulan untuk meraikan kemenangan atas segala penat lelah dan jerih perih kita untuk menahan hawa nafsu dan lapar dahaga selama sebulan. Bulan untuk kita bermaafan atas segala salah silap dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kaum keluarga dan sahabat handai dengan saling berkunjungan dan bemaaf-maafan. Bulan untuk mensyukuri atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah yang menjadikan hari ini begitu indah dan bahagia sekali. Oleh disebabkan tema baju raya tahun ni warna ungu, (walaupun tak berapa nak ungu sangat) sibuk mencari gambar yang berwarna ungu, supaya nak disesuaikan dengan tema raya. Hik hik hik. Hm.. Walaupun ada terima berita yang tidak dijangka hari ini, namun segalanya berjalan lancar. Kita tak mengetahui apa yang dirancangkan untuk kita walaupun seolah-olah benda itu sudah berada di depan mata. Okay, enough with the drama... Jadi, apabila saat terakhir baru nak siapka

aiS DaN SiTi SaRaH & SHuiB

Salam Ramadhan... Semua sedia maklum akan kemenangan kumpulan Sepah dalam pertandingan Maharaja Lawak yang lepas. Saya bukanlah peminat setia rancangan ini, namun saban minggu apabila rakan-rakan turut serta tag dan masing-masing sibuk komen akan rancangan ini, maka saya turutlah terpengaruh. Pada mulanya hanya melihat show JoZan dan Nabil sahaja sebab itu yang banyak ditagkan. Namun apabila saya pulang ke rumah, adik saya turut meminati rancangan ini dan mendownloadnya dari YouTube dari mula hingga akhir saya pun melihat satu persatu lawak setiap kumpulan. Namun antara semua kumpulan, lawak Sepah paling melekat dihati. Saya langsung tidak menjangka akan lawak mereka, dan lawak mereka sangatlah kemelayuan. Yang paling saya rasa sangat terkesan ialah pada episod pertama ML. Perihal "Yang kamu makan Friskies tu kenapa?" dan "Tukarlah nama kepada malang, malangkan tak berbau" membuatkan saya seringkali tersenyum sendiri meskipun sudah beberapa kali melihat episod te

aiS DaN RaMaDHaN

Salam akhir Ramadhan... Dah nak habis Ramadhan baru sibuk nak post.. Hehehe.. Basically semua tahu apa itu Ramadhan, Bulan ke-9 dalam kalender Hijrah. Namun yang paling semua orang maklum akan perkara wajib dilakukan pada bulan ini. Ya.. Berpuasa dan menunaikan zakat. Apabila dah dewasa ni,nikmat puasa rasa lain dari dulu2. Kalau dulu puasa sebab kena suruh, kalau rasa nak buka puasa pun takut sebab kan ibu bapa bukan yang Esa. Namun setelah dewasa, Alhamdulillah, rasa nikmat, taqwa itu, meskipun sikit, memberi keinsafan dalam diri. Menjaga nafsu. Meski kadang2 sukar hendak menjaga mata dari melihat paparan yang mengurangkan pahala puasa, namun benarlah kata orang, kalau kita hendak berbuat baik, nescaya akan dibantu oleh Allah. Sebenarnya dalam 2 bulan ini, hati rasa tak tenteram dan sibuk mencari arah tuju diri. Selalu sangat lupa kan tempat untuk dituju. Yakin dan bongkak diri mampu menyelesaikan segalanya. Sampailah ke satu tahap diri memang tak mampu lagi