Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

aiS DaN BuKu 1

Kalau ada ruangan kegemaran dalam mana-mana borang yang saya isi, saya pasti akan isi membaca di dalamnya. Saya pasti ramai yang berkongsi minat yang sama. Namun banyakkah yang tahu, bahawa membaca itu sebenarnya bukan lahir semulajadi, ianya adalah perlu dipupuk. Dari kecil saya rasakan kegemaran saya itu bersifat semulajadi. Sudah tentu sebagai gadis remaja, saya menjadikan novel sebagai pilihan saya. Sekarang, sesudah saya meningkat dewasa, saya memilih bahan bacaan. Hanya yang menarik sahaja yang saya akan baca. Tidak tahu bagaimana, dalam suatu ketika, minat saya membaca hilang. Jika dulu, saya boleh habis membaca novel 500 muka surat sehari, kini tidak. Satu novel pun memakan masa beberapa hari. Kadang-kala seminggu. Biarpun minat membaca saya semakin pudar, saya tetap menghabiskan wang dalam jumlah yang besar, jika ada pesta buku dan seumpamanya. Saya akan simpan dan apabila bosan akan saya baca. Saya jarang mencuba membaca novel yang ditulis oleh novelis yang saya tidak per

iCe aND ReLaTioNSHiPS

Usually, when I'm writing in English, it means that I'm in emotional state. Well, right now I'm not emotional. But the thing I want to write about is quite emotional. This last three and half years, I spent my life with my friends. If you calculate my times with my family, it will hardly total up to be half a year. So, my friends do know my secrets more than family. And now, I see them as my family. Like my own flesh and blood. We share almost anything together. You know when do you never forget someone? When you share and face the hard times together. You cry together. You stand up for each other. You know that they will always be there for you. As a said in my previous entry, I like to keep some secrets. There might be something that my friends do not know about me, but my family do. And vice-versa. And last year, I realize that I do not mix up my family and friends. It's like I'm enjoying both of them without they know for each other. You know relationship w

aiS DaN eMosi

Macam pernah dengar je tajuk ni kan? Hahaha... Saya pernah tulis, tetapi di dalam versi Inggeris. Disebabkan mood saya hari ini ingin berbicara dalam bahasa ibunda, maka terjadilah post ini.. Huahuahua.. Pernah dengar tak tentang karma? Apa yang kamu buat, pasti akan ada balasannya. Tidak kiralah sama ada perbuatan baik ataupun buruk. Sudah tentu apabila kamu berbuat baik, kamu akan dibalas dengan kebaikan. Begitu juga sebaliknya. Okay... (Tarik nafas dalam) Pernah suatu hari itu, saya mendapat tahu sesuatu mengenai seorang sahabat saya. Point pentingnya adalah, hanya saya sahaja yang tidak tahu sedangkan yang lain tahu. Saya berasa kecil hati. Merajuk. Ya, macam budak-budak. Pada ketika itu, satu soalan muncul di kepala saya. Adakah saya memberitahu kepada sahabat saya yang lain benda yang mungkin ada sebahagian yang tahu tentang saya dan sebahagian lagi tidak? Jawapannya tidak. Muncul lagi satu lagi soalan. Macam mana kau nak orang layan kau macam kau nak,  sedangkan kau tak lay

aiS DaN JaNGKaaN

Jangkaan atau dalam bahasa inggerisnya adalah expectation merupakan kunci kepada perjalanan emosi seseorang dalam sesuatu hari. Percaya tak? Okay... Saya bagi contoh. Pada suatu pagi yang cerah, anda merancang untuk bersiar-siar atau sekadar melepaskan rindu pada matahari, tup tup tidak semena-mena dalam pukul 9 pagi, hujan. Apakah perasaan anda? Contoh yang lain... Anda akan menduduki ujian JPJ pada hujung minggu ini, anda berasa sangat berdebar  dan dalam masa yang sama teruja.  Anda sanggup tidak pulang ke rumah meskipun ibu anda sangat merindui anda dengan alasan lepas je ujian, anda akan pulang ke rumah untuk bersama keluarga tercinta. Dengan tidak semena-mena, 2 hari sebelum ujian tersebut,  anda diberitahu ujian tersebut ditunda kepada 2 minggu lagi. WTH!! Hahaha... Kan? Betul tak seperti yang saya katakan? Emosi itu bergantung pada jangkaan anda kepada sesuatu. Macam juga sekiranya anda hendak makan di sebuah gerai kerana hendak mengushar abang hensem,  malangnya pada hari