Skip to main content

AiS DaN MauLiDuRRaSuL

Salam Maulidurrasul  =)
Selepas berkurun baru nak jenguk blog ni...
Banyak benda nak share kat sini,
namun kadangkala rasa seperti sukar untuk menaip
hatta satu huruf sekalipun.

Hari ini kita menyambut Maulidurrasul.
Rasanya kalau tak disebabkan hari isnin rakyat Malaysia
majoritinya cuti, rasanya kita tak tahu bila 
12 Rabiulawal 1433H.
Rasanya baru je hari tu kita menyambut Raya Haji,
dan dan dah sambut Maulidurrasul.
Mungkin durasi bulan Islam yang lebih pendek dari 
bulan geogrian (ya ke?) menyebabkan kita
merasakan begitu cepat masa berlalu.
Teringat zaman sekolah dulu.
Setiap kali Maulidurrasul mesti akan pergi ke Masjid,
berarak ramai-ramai pakai baju kurung,
selawat, dengar ceramah maulidurrasul
dan lepas tu dapat makan nasi briyani.

Even masa tu mengikut aja orang,
apabila dewasa rasa rugi sangat tak buat macam tu lagi.
Rasanya kalau jadi cikgu sekolah mesti dapat rasa lagi kan?
Eh, macam nak tukar profession je?


diupload dr ismakedah.net


Sempena Maulidurrasul ini saya menanyakan 
cepu mas kepada adik saya:
Apa sifat2 Nabi Muhammad? (maksudnya 4 sifat utama)
Dia dengan pantas menjawab:
Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathanah.
Rasa bangga (tetiba pulak) dengan beliau.
Sebenarnya... saya pun agak terlupa,
dan tidak menyangka beliau dapat menjawabnya.

(Geleng kepala).

Jadi sempena Maulidurrasul kali ini, 
saya rasa tak salah untuk kita mengetahui 
dan mengingati kembali serba sedikit
siapa itu Rasul junjungan kita.


Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf    
 Pada usia 25 tahun, Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. 
Pada usia 35 tahun, Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut, disebabkan beliau di gelar Al-Amin berikutan dengan kejujuran beliau selama ini.
Pada usia 40 tahun, beliau menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
Beliau berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M semasa beliau berusia 
53 tahun.
Rasulullah SAW wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M ketika berusia 63 tahun.
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’


    Informasi diatas ditaja oleh Mannster.
Lepas ni tak payah nak sudah-susah fikir nak bagi nama anak apa,
sedangkan contoh yang jelas dah ada depan mata.
Banyak sebenarnya cerita yang menarik mengenai Rasulullah,
sebagai contoh :

Semasa kecilnya sewaktu dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib,
Nabi Muhammad pernah dibawa untuk mendengar sajak2 lagha 
(mengenai wanita, arak, dunia, kuasa, dll)
oleh orang Arab Quraisy,
namun tiap kali beliau dibawa kesitu, beliau pasti akan tertidur.
Beliau tidak boleh menulis dan membaca,
disebabkan itu betapa sukarnya orang kafir
untuk membuktikan bahawa apa yang tertulis
dalam Al-Quran itu palsu.

Beliau sangat sayangkan isteri-isterinya.
Pernah suatu hari isteri-isterinya bertanyakan
kepada beliau siapa yang paling disayangi oleh beliau.
Beliau hanya berdiam diri.
Tidak lama selepas itu. beliau membelikan setiap seorang
isteri beliau sebentuk cincin secara senyap-senyap.
Di satu majlis menempatkan kesemua isteri beliau,
beliau menyatakan :
"Isteri yang paling aku sayang telah aku hadiahkan dengan
sebentuk cincin,"
Maka isteri-isteri beliau masing-masing tersenyum simpul
kerana menyangka merekalah yang paling beliau sayangi.

Banyak yang menyatakan bahawa Aisyah R.A
merupakan isteri kesayangan Rasulullah,
namun Aisyah sendiri menyatakan bahawa
Nabi Muhammad sangat menyayangi Khadijah dan 
seringkali berceritakan kepadanya tentang
kesabaran dan pengorbanan Khadijah 
dalam menegakkan agama Islam
sehingga tiap kali dia cemburu.

Betapa manisnya mendengar cerita mengenai beliau,
sebab itulah apabila kita mencontohi perbuatan beliau,
meskipun sekecil memulakan langkah dengan kaki kanan,
kita telah dikurniakan pahala,
apatah lagi berselawat ke atasnya setiap kali 
menunaikan solat dan lagi-lagi ketika berarak.

Meski ada yang mengatakan sambutan Maulidrrasul
ini adalah bidaah,
namun rasanya tidak salah untuk meraikan
hari kelahiran rasul junjungan kita
seistimewa sambutan hari kelahiran sendiri.


Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

First Love

First Love (Originally By Utada Hikaru) By Eric Martin I still regret the last time that we kissed The scent of your perfume so strong on my lips The cold that it takes of the sad goodbye Where have you gone baby are you alone I wish you’d call and tell me, When you were wrong Will you dream of me, like I dream of you tonight You’re always gonna be my love, my whole life There are moments that are just meant to last forever I remember to love you taught me how You’re always gonna be the one I count it on Without you I’m feeling so lost and lonely I never will forget my first love It’s so strange to me, our time has done Even though I try I can’t move on I can still see your eyes They won’t let me go Where have you gone baby are you alone I’m missing you so badly I keep on crying And all my tears never washed away the pain You’re always be inside my heart apart of me Nothing I can do with every love to change it I hope that I have a place in your he...

AiS DaN MuZiK II

Actually I decided to write this entry in Malay, but because both of songs here are english, so better write in that languanga. (Whatever, hehe..) There are two reasons why I love some kind of song First : The music of the song. Second : The lyrics that are meaningful. Sometimes we met some songs that are really sound lame/bored on our ears, but not many of us ever realise whether the lyrics is also as lame/bored as the song. Actually this nothing to do with the song below. Just want to share my latest favourite song. Enjoy~ Nelly - Just A Dream. The next song was my favourite. But haven't heard it for awhile. Have really nice lyrics compare to the above song. Really helping the girls. Helping? Helping us to carefully choose our partner. Enjoy the song and give attention to the lyrics. Really~ Lyfe Jennings - Statistics Lyrics: From Azlyrics