Skip to main content

aiS DaN HuJaN

Sekarang memang musim hujan.
Boleh dikatakan hampir setiap petang mendung dan malamnya akan hujan.
Jumaat lepas, semasa sedang menunggu bas hendak pulang, hujan mula merintik turun.
Pada mulanya, ingatkan gerimis biasa.
Cool je lagi tunggu dengan orang ramai.
Apabila hujan semakin lebat, masing-masing cari tempat teduh.
Saya dah bercadang nak berteduh bawah satu pokok yang agak rimbun, masalahnya pokok itu sangat berdekatan dengan seorang budak lelaki ini.
Budak lelaki ini pula, tidak pula seperti hendak berteduh disitu.
Dia hanya berdiri berdekatan dengan pokok itu.
Huh...
Hujan pun mula turun dengan lebat.
Rintik-rintik hujan mula terasa dikepala.
Beg bimbit semakin ditarik kesisi agar laptop yang berada didalamnya tidak basah.
Tiba-tiba sahaja terasa rintik-rintik hujan itu hilang.
Saya melihat hadapan saya.
Hujan masih lagi turun.
Sudah terdapat air yang bertakung di tepi jalan raya.
Saya menoleh ke sebelah kiri saya.
Seorang perempuan bertudung pink berkongsi payung dengan saya tanpa berkata apa-apa.
Saya terkaku.
Hanya mampu tersenyum.
Pada ketika itu, saya mendengar mp3.
Hujan lebat. Sejuk.Orang ramai berlari dalam hujan. Lagu2 yang syahdu.
Pakej yang lengkap untuk membuatkan saya mengelamun.
Saya tersedar bila sebuah bas lalu dihadapan saya.
Bukan bas saya ... mahupun dia.
Saya tanya dia. "Naik bas apa?"
"U 65"
Kami kembali senyap.
Tak lama kemudian, bas saya datang.
Selepas mengucapkan terima kasih, kami berpisah.
Dalam sesak dalam bas, saya cuba untuk bertoleransi dengan semua penumpang.
Kami semua membayar harga tiket yang sama, meskipun tidak semua mendapat keselesaan yang sama.
Meskipun ada yang cuba mendapatkan ruang yang selesa ditengah kesempitan bas yang seperti tin sardin, tetapi bila teringat sahaja "Gadis U65", saya sejuk kembali.
Ya, "Gadis U65.
Gelaran itu berulangkali bermain di otak saya sepanjang 1 jam lebih perjalanan dalam bas yang penuh sesak dengan orang.
Gadis U65 yang bertudung pink, terima kasih banyak-banyak.
Harap awak akan mendapat balasan yang baik atas ihsan awak tadi.
\(^_^)/



Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

Peluang

Aku sedaya upaya cuba tak nak rasa menyesal.. Kebaanyakannya lebih kepada layanan kepada orang.. Aku akan tanya diri aku sendiri, aku akan menyesal ke bila buat macam ni kalau itu merupakan hari terakhir orang tu? Adakah aku akan menangis minta maaf tanpa henti? Bila aku diberi peluang, aku pun akan fikir macam tu.. Aku akan menyesal tak bila buat ni? Sebab tu bila kawan aku ajak aku on the spot, aku akan ambil masa sama ada nak bersetuju atau tak.. Sebab biasanya jawapan pertama yang akan keluar adalah tak.. Dalam sebulan yang lepas, aku dapat satu peluang permohonan untuk buat benda yang aku idamkan.. Namun, disebabkan aku rasa afraid of the unknown , aku lepaskan peluang tu.. Aku lansung tak memohon, dan buat pelbagai alasan kenapa aku tak sempat.. Lepas je tarikh tamat permohonan, aku terus rasa menyesal.. Aku tanya kat diri sendiri, kenapa aku tak mohon? Takut kena reject? Takut kalau dapat? Kelakar kan bila kita soalkan semula perasaan tu.. Rasa macam p...

Yuna - Unrequited Love

Found this song.. Love the music and the words.. The comparison of falling in love with the sea is beautiful and somehow relatable.. For my future self, please remember this song when you starts to fall again =)