Skip to main content

aiS DaN BuKu 1

Kalau ada ruangan kegemaran dalam mana-mana borang yang saya isi,
saya pasti akan isi membaca di dalamnya.
Saya pasti ramai yang berkongsi minat yang sama.
Namun banyakkah yang tahu,
bahawa membaca itu sebenarnya bukan lahir semulajadi,
ianya adalah perlu dipupuk.

Dari kecil saya rasakan kegemaran saya itu bersifat semulajadi.
Sudah tentu sebagai gadis remaja,
saya menjadikan novel sebagai pilihan saya.
Sekarang, sesudah saya meningkat dewasa,
saya memilih bahan bacaan.
Hanya yang menarik sahaja yang saya akan baca.

Tidak tahu bagaimana,
dalam suatu ketika,
minat saya membaca hilang.
Jika dulu,
saya boleh habis membaca novel 500 muka surat sehari,
kini tidak.
Satu novel pun memakan masa beberapa hari.
Kadang-kala seminggu.

Biarpun minat membaca saya semakin pudar,
saya tetap menghabiskan wang dalam jumlah yang besar,
jika ada pesta buku dan seumpamanya.
Saya akan simpan dan apabila bosan akan saya baca.

Saya jarang mencuba membaca novel yang ditulis oleh
novelis yang saya tidak pernah baca novelnya.
Kerana bagi saya,
sesuatu novel yang bagus itu,
jalan ceritanya bukanlah segalanya,
yang penting gaya bahasa penulis tersebut.

Namun sempena Karnival Karangkraf baru-baru ini,
saya telah membeli 5 novel.

Menakjubkan dalam masa 2 hari,
saya berjaya menghabiskan 2 novel.

Ini merupakan novel-novel yang berjaya mengembalikan minat saya untuk membaca.

Ini merupakan novel pertama yang saya baca.
Mungkin jalan ceritanya yang agak unik dari novel lain
serta gaya bahasanya yang sedap,
membuatkan saya jatuh cinta.


Saya membaca novel ini sebagai bedtime story saya.
Namun, saya tidak boleh tidur selagi tidak habis membacanya.
Saya suggestkan yang ini.
Tidak terlalu tebal,
namun tidak membuat anda berasa rugi membelinya.

Ini merupakan kali pertama saya membaca nukilan
novelis-novelis tersebut.
Dan karya mereka ini membuatkan saya
mahu mencari karya mereka yang lain.

Ada 3 buku lagi,
tapi disebabkan kebelakangan ini asyik berjalan-jalan.
keluar menonton wayang,
dan melayan cerita korea,
buku-buku tersebut terpaksa di peram.

Sumber gambar : Klik pada muka novel di atas.

Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

Apa yang nak bawa ni?

Aku tak pernah ada masalah nak packing barang.. Buat list, campak2, siap.. Walaupun last minit. Cuma unpack je stres Masa rajin hiking dulu, lagilah .. Pejam mata dah siap pack untuk trip 3 hari 2 malam.. Haha, berlagak gila.. Masuk hutan memanglah senang.. Baju tak payah banyak.. Bawa yang paling nipis dan ringan.. Seluar boleh kata memang recycle hari2 sebab kotor, nak basuh lagi bertambah berat..  Cuma bawa lebih satu untuk seluar tido dan boleh jadi back up seluar in case seluar sedia ada koyak ke apa.. #kisah benar Okay, stop reminiscing the past.. Sebab tak pernah pergi kursus lebih dari seminggu.. Masa buat umrah pun baju tak bawa banyak, sebab tahu lebih kepada pakai telekung.. Since ni trip kursus 6 minggu dan sambung 1 minggu backpack, aku list semua benda yang perlu bawa.. Bila dah susun semua, beg tak muat!! Target bawa satu beg travel yg besar tu je.. Tak pernah kot beg tak muat.. Okay, cari mood..  Tarik nafas... Keluar semua baju bal...

Peluang

Aku sedaya upaya cuba tak nak rasa menyesal.. Kebaanyakannya lebih kepada layanan kepada orang.. Aku akan tanya diri aku sendiri, aku akan menyesal ke bila buat macam ni kalau itu merupakan hari terakhir orang tu? Adakah aku akan menangis minta maaf tanpa henti? Bila aku diberi peluang, aku pun akan fikir macam tu.. Aku akan menyesal tak bila buat ni? Sebab tu bila kawan aku ajak aku on the spot, aku akan ambil masa sama ada nak bersetuju atau tak.. Sebab biasanya jawapan pertama yang akan keluar adalah tak.. Dalam sebulan yang lepas, aku dapat satu peluang permohonan untuk buat benda yang aku idamkan.. Namun, disebabkan aku rasa afraid of the unknown , aku lepaskan peluang tu.. Aku lansung tak memohon, dan buat pelbagai alasan kenapa aku tak sempat.. Lepas je tarikh tamat permohonan, aku terus rasa menyesal.. Aku tanya kat diri sendiri, kenapa aku tak mohon? Takut kena reject? Takut kalau dapat? Kelakar kan bila kita soalkan semula perasaan tu.. Rasa macam p...