Skip to main content

aiS DaN eMosi

Macam pernah dengar je tajuk ni kan?
Hahaha...
Saya pernah tulis, tetapi di dalam versi Inggeris.
Disebabkan mood saya hari ini ingin berbicara dalam bahasa ibunda,
maka terjadilah post ini..

Huahuahua..

Pernah dengar tak tentang karma?
Apa yang kamu buat, pasti akan ada balasannya.
Tidak kiralah sama ada perbuatan baik ataupun buruk.
Sudah tentu apabila kamu berbuat baik,
kamu akan dibalas dengan kebaikan.
Begitu juga sebaliknya.

Okay...
(Tarik nafas dalam)

Pernah suatu hari itu, saya mendapat tahu sesuatu mengenai seorang sahabat saya.
Point pentingnya adalah, hanya saya sahaja yang tidak tahu sedangkan yang lain tahu.
Saya berasa kecil hati.
Merajuk.
Ya, macam budak-budak.

Pada ketika itu, satu soalan muncul di kepala saya.
Adakah saya memberitahu kepada sahabat saya yang lain benda yang mungkin ada sebahagian yang tahu tentang saya dan sebahagian lagi tidak?
Jawapannya tidak.
Muncul lagi satu lagi soalan.
Macam mana kau nak orang layan kau macam kau nak, 
sedangkan kau tak layan orang macam mana kau hendak dilayan.?
Saya terkedu sejenak.

Semenjak itu, suatu azam pun mula membenih di hati saya.
Saya mahu melayan orang sebagaimana saya mahu orang lain melayan saya.
Baik, kan?
Adil dan saksama.

Saya mulakan dengan perkara pertama.
Memberi tahu perkembangan diri saya pada sahabat yang rapat dengan saya,
tapi tidak tahu mengenai saya.
Hahaha.
Ada sesuatu perkara, saya lebih suka rahsiakan.

Sebaik sahaja saya menekan butang send,
saya ragu-ragu.
Betul ke tindakan saya?
Mesti diorang ingat saya pelik, sebab tiba-tiba saja jadi macam ni.
Ini bukan diri saya yang sebenar.
Perlu ke saya beritahu diorang tentang saya?
Signifikankah saya dalam hidup diorang?

Sebaik sahaja mendapat balasan,
saya hanya membaca sekali lalu.
Begitu juga dari sahabat saya seorang lagi.
Saya berasa sangat tidak selesa.

Hm, perubahan itu memang memakan masa.
Tidak berapa lama kemudian, saya berhubung kembali dengan sahabat saya itu dan saya tidak berasa sedikit menyesal pun berbuat demikian.
Sebab saya pasti saya mahu mereka buat benda yang saya kepada saya.
Memberitahu perkembangan diri mereka kepada saya.
Sebab kita berkawan.

Jadi, sekiranya seseorang itu melayan anda tidak baik,
adakah anda akan melayan mereka tidak baik juga?

Sekiranya dalam keadaan yang emosi, kita membuat sesuatu yang yang tidak enak,
adakah kita mahu mereka yang terkena mengambil hati,
atau pun memahami keadaan kita dalam keadaan itu?

Ada seorang sahabat memberitahu.
" Sabar itu indah "
" Kemaafan merupakan dendam terindah"

Pernah dengar tak satu hadis?
Lupa dari mana.
Lebih kurang begini.
"Sekiranya dua orang bertengkar,
salah seorang daripada mereka diam / mengalah,
sekiranya dia berada di pihak yang benar,
Allah akan dirikan mahligai untuknya di dalam syurga,
sekiranya dia di pihak yang salah,
Allah akan dirikan mahligai untuknya di luar syurga"

Nampak?
Sebaik-baik kebaikan, nikmatnya sangat tinggi.
Bagaimana pula dengan sekecil-kecil dosa?

Kesimpulannya, bak kata sahabat saya hari ini,
"Aku dapat satu pengajaran hari ini,
kita mesti bersikap baik pada semua orang."

Kesedaran merupakan salah satu hidayah, tahu?


Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

Peluang

Aku sedaya upaya cuba tak nak rasa menyesal.. Kebaanyakannya lebih kepada layanan kepada orang.. Aku akan tanya diri aku sendiri, aku akan menyesal ke bila buat macam ni kalau itu merupakan hari terakhir orang tu? Adakah aku akan menangis minta maaf tanpa henti? Bila aku diberi peluang, aku pun akan fikir macam tu.. Aku akan menyesal tak bila buat ni? Sebab tu bila kawan aku ajak aku on the spot, aku akan ambil masa sama ada nak bersetuju atau tak.. Sebab biasanya jawapan pertama yang akan keluar adalah tak.. Dalam sebulan yang lepas, aku dapat satu peluang permohonan untuk buat benda yang aku idamkan.. Namun, disebabkan aku rasa afraid of the unknown , aku lepaskan peluang tu.. Aku lansung tak memohon, dan buat pelbagai alasan kenapa aku tak sempat.. Lepas je tarikh tamat permohonan, aku terus rasa menyesal.. Aku tanya kat diri sendiri, kenapa aku tak mohon? Takut kena reject? Takut kalau dapat? Kelakar kan bila kita soalkan semula perasaan tu.. Rasa macam p...

Yuna - Unrequited Love

Found this song.. Love the music and the words.. The comparison of falling in love with the sea is beautiful and somehow relatable.. For my future self, please remember this song when you starts to fall again =)