Skip to main content

aiS DaN JaNGKaaN

Jangkaan atau dalam bahasa inggerisnya adalah expectation merupakan kunci kepada perjalanan emosi seseorang dalam sesuatu hari.
Percaya tak?
Okay...
Saya bagi contoh.
Pada suatu pagi yang cerah, anda merancang untuk bersiar-siar atau sekadar melepaskan rindu pada matahari, tup tup tidak semena-mena dalam pukul 9 pagi, hujan.
Apakah perasaan anda?

Contoh yang lain...
Anda akan menduduki ujian JPJ pada hujung minggu ini, anda berasa sangat berdebar
 dan dalam masa yang sama teruja. 
Anda sanggup tidak pulang ke rumah meskipun ibu anda sangat merindui anda dengan alasan lepas je ujian, anda akan pulang ke rumah untuk bersama keluarga tercinta.
Dengan tidak semena-mena, 2 hari sebelum ujian tersebut, 
anda diberitahu ujian tersebut ditunda kepada 2 minggu lagi.
WTH!!

Hahaha...

Kan?
Betul tak seperti yang saya katakan?

Emosi itu bergantung pada jangkaan anda kepada sesuatu.
Macam juga sekiranya anda hendak makan di sebuah gerai kerana hendak mengushar abang hensem, 
malangnya pada hari tersebut abang itu tidak makan di situ.
Okay, sangat klise..
Macam cerita novel.
Tetapi itu adalah realiti.

Saya sangat mengagumi slogan Creative Enterprise- kalau tak silaplah.
Syarikat yang banyak buat note pad yang cover dia comel-comel.
Tak tahulah kalau ada lagi ke tidak, sebab dah lama tak beli kertas kajang.
Okay, straight to the point.
Slogannya ialah "Expect the Unexpected".

Apabila anda bersifat demikian, anda tidak akan melatah.
Di dalam sesuatu keadaan, kita mampu untuk menghadapi apa sahaja yang akan berlaku,
tetapi dalam sesuatu keadaan yang lain pula, kita akan melatah.
Tidak kiralah melatah dalam masa yang lama atau pun tidak.

Disebabkan itu, ramai yang selalu mengambil jalan yang mudah.
Mereka pasti dimana pengakhiran mereka.
Mereka tidak berani bermain dengan risiko kerana mereka tidak dapat menjangka apa yang berlaku,
dan itulah yang paling menakutkan semua orang.
Tidak tahu apa yang akan berlaku.

Ada juga yang menggemari kejutan dan berani mengambil risiko.
Tidak kira anda jenis yang macam mana,
saya percaya anda berhak mempercayai dan menghormati keputusan yang anda buat.
Walau apa pun yang terjadi selepas itu, 
jangan pernah menyesal.

Nabi Daud A.S pernah bersabda:
"Perkara terbaik di dunia adalah kesedihan, 
sedangkan perkara terburuk adalah penyesalan" 

Mungkin apa yang terjadi semuanya mempunyai hikmah disebaliknya.
Langkah terbaik,
apabila menerima berita yang tidak dijangka,
tarik nafas dalam-dalam..
Hembus...
Terima semuanya dengan redha.
(^_^)

Comments

Popular posts from this blog

iCe aND PSYCH

After awhile looking for another worth-watching and download TV Series after Prison Break,  I tried to watched  Dexter . It is interesting. I just not did not fit to watching murder drama. Although in this drama it is not as bad as I make it sound. For my defense, I could not even watch Saw. My finger automatically click the X button at the upper-right just after 10 second of the opening. I do not know since when. One year ago, I still watching the Final Destination's and Wrong Turn's movies without any problem. Well, after looking for a while from my favorite downloading blog,  Mediafirefreaks I wanted to give a try to this drama series. The title itself make me curious. Psych. A new one. Is it like a vampire's story? Huahuahua.. The main character of this movie Shawn Spencer (James Rowdy- green shirt) and his parter Guster Burton (Dule Hill) were the most interesting partner ever. They were best friend but having an entirely different life. Gust...

iCe DaN sHoPaHoLiC

Bila cakap je pasal shopping, satu aja yang akan ada dalam fikiran semua orang. Wanita... Wanita memang tak boleh nak dipisahkan dengan shopping. Kenapa ea? Pernah suatu ketika dulu, saya merasakan saya bukan berada dalam golongan ini. Duit habis untuk beli apa yang perlu aja, sampaikan sampai akhir sem tak sampai separuh yang luak. Huhuhu... Kawan saya cakap bukan saya ni tak shopaholic, tapi saya spend kat benda yang tak berapa nak mahal, kira yang memang tak akan habiskan duitlah. Shopping pun kat MyDin, makan kat kafe je, hujung minggu dapat makan free je, of courselah duit tak berusik. Tapi itu cerita dulu. Pernah juga satu ketika ketika cuti sem, saya berbelanja boros dengan kawan2. Satu hari sampai RM100 burn gitu je. Masa tu dah rasa memang boros gilalah. Siap search lagi cara nak atasi boros. Then jumpa satu entri. Katanya, orang boros ni boleh dilihat dari satu habit. Hm.. Habitnya ketika menggosok gigi. Sekiranya dia menggosok gigi sambil membiarkan air paip terus...

iCe aND LoVe

Do you know that Wentworth Miller real name is Wentworth Earl Miller III. He is named after his grandfather & dad. All three Wentworths were named after Captain Wentworth (a character in Jane Austen's book 'Persuasion'). It was his paternal great-grandmother's idea. - IMDb - Okay..  Right now I want to read the novel. Can't wait to find why. You also can download the novel. Just click the link below. Jane Austen - Persuasion I am not overboard, right now I just obsessing. Peace.