Aku sedaya upaya cuba tak nak rasa menyesal.. Kebaanyakannya lebih kepada layanan kepada orang.. Aku akan tanya diri aku sendiri, aku akan menyesal ke bila buat macam ni kalau itu merupakan hari terakhir orang tu? Adakah aku akan menangis minta maaf tanpa henti? Bila aku diberi peluang, aku pun akan fikir macam tu.. Aku akan menyesal tak bila buat ni? Sebab tu bila kawan aku ajak aku on the spot, aku akan ambil masa sama ada nak bersetuju atau tak.. Sebab biasanya jawapan pertama yang akan keluar adalah tak.. Dalam sebulan yang lepas, aku dapat satu peluang permohonan untuk buat benda yang aku idamkan.. Namun, disebabkan aku rasa afraid of the unknown , aku lepaskan peluang tu.. Aku lansung tak memohon, dan buat pelbagai alasan kenapa aku tak sempat.. Lepas je tarikh tamat permohonan, aku terus rasa menyesal.. Aku tanya kat diri sendiri, kenapa aku tak mohon? Takut kena reject? Takut kalau dapat? Kelakar kan bila kita soalkan semula perasaan tu.. Rasa macam p...
Comments
Post a Comment