Skip to main content

aiS daN eKSPLoRaSi

Ini merupakan cerita biasa.
Cerita yang sesiapa pun boleh cerita.
Mungkin mereka juga mengalaminya.

Ceritanya bermula pada hari Jumaat, 25 Februari 2011.

Pada hari itu gadis itu bangun awal dengan semangat berkobar-kobar hendak menjalankan tugas.
Tugas kali ini agak berlainan.
Ini menuntut dia menempuhi jalan yang belum pernah dia lalui.
Tugas kali ini agak berat kerana dia memikul bebanan rakan setugas yang lain.
Berjaya atau tidak misi kali ini bergantung kepada dia.
Sama ada dia berjaya samapai atau pun tidak.
Selain itu, tiada cara yang lain.

Pukul 10 pagi dia telah menaiki bas menuju ke Seksyen 2, Shah Alam.
Disebabkan pagi lagi dan dia belum bersarapan, dia pun berhenti makan tengah hari di situ.
Mengikut hasil carian dia semalam, 
dia yakin perjalanannya bermula di Klang.

Menanti bas Seranas yang biasanya muncul dalam setiap 5 minit bertukar menjadi lebih lambat dari biasa. Diteguhkan hati.
Dia tahu tidak lama lagi dia kan tiba di destinasi.
Perlu bersabar sedikit sahaja lagi.

Sebaik sahaja menaiki bas tersebut dengan membayar tambang RM1,
dia menanti hingga tiba ke tempat pertukaran bas.
Mengikut lama web yang dia buka semalam,
bas seterusnya yang akan membawa dia ke tempat yang dituju akan berhenti di Klang Parade.
Dia menaiki bas seterusnya menuju Klang Parade.

Satu demi satu bas berlalu.
Cahaya matahari semakin memancar terik.
Dia melihat jam di tangan. 1.30 tengah hari.
Sesuatu yang tidak betul terjadi.
Mustahil dalam masa satu jam bas yang dia tunggu tidak tiba-tiba.

Dia tahu dia tidak boleh lagi berdiam diri.
Dia harus memikirkan sesuatu.
Setelah berfikir secara teliti, dia pasrah.
Dia harus berpatah balik ke perhentian bas sebelum ini dan seterusnya menaiki bas ke Kuala Lumpur.
Itu sajalah satu-satunya tempat yang memungkinkan perjalanan kali ini berhasil.

Sebaik sahaja tiba di Perhentian Klang,
dia menaiki bas yang menuju ke KL.
Rasa beban di dada berkurangan menyaksikan adegan perebutan pelanggan oleh konduktor-konduktor bas  di situ.
Sepasang pelancong asing turut memasuki bas yang sama.
Wajah lelaki itu seperti Michael... Oh...


Sangat teruja hinggakan duduk di kerusi paling hadapan untuk memastikan bas ini menuju ke destinasi.


Permandangan sekitar jalan ke Klang menuju ke KL.
Huhu...
Resah di hati mula berkurangan.
Hati yakin inilah caranya. Inilah satu-satunya jalan.
Malah pemandu bas sendiri telah dimaklumkan tempat yang ingin di tuju.
"Nanti sampai KL Sentral cakap ea..."
KL Sentral merupakan pusat pengangkutan awam.
Memang mustahil untuk mengatakan tiada kenderaan menuju ke situ.

Tidak berapa lama kemudian.
"Dik, turun sini."
Eh, dah sampai?
Memandangkan muka abang India itu sangat yakin ini tempat yang dituju, walaupun agak sangsi,
ditabahkan hati turun juga.
Tengok kiri. Tengok kanan.
"Naik tangga ni..." ujar abang India sebelum berlalu.
Tangga itu merujuk kepada jejantas.
Okay, mungkin ini bahagian belakang KL Sentral.

Dan.....


Nampak macam kenal landasan ni?
Cuba teka....
LRT? ERL? Monorail?


Ya, betul.
KL Monorail.
Namun dimana?
Stesen mana?


Huhuhu...
Tengok menggigil tangan ambil gambar.
KL Monorail stesen Tun Sambathan.
Tahukah berapa jauh beza antara KL Sentral dan Tun Sambathan?
Adakah dia tersilap dengar KL Sentral dengan KL Monorail?
Samakah?
Namun, perjalanan diteruskan.
Tiada jalan lain.
Menuju ke KL Sentral!!!!!



Menanti penuh sabar Monorail, walaupun  hanya 6 minit.
Daripada stesen Tun Sambathan akhirnya sampai ke KL Sentral.
Melihat ke setiap pengangkutan awam yang ada.
Ada dua jenis yang menuju ke sana.
Bas dan tren ke KLIA (lupa nama).
Sebab harga tren itu mahal, pilihan yang ada cuma bas.
Malangnya bas yang ada disitu hanyalah untuk pekerja yang bekerja ditempat itu.
What?
Jadi, dimana bas untuk orang awam?
"Dik, sila naiki bas dari Pasar Seni."
Masa itu sudah tiada perasaan.
Menuju ke Pasar Seni.

Jam menunjukkan pukul 4.00 petang.
Nasib baik sudah makan tengah hari. Nasib baik juga sedang cuti.
Hanya satu stesen sahaja menuju ke Pasar Seni dari KL Sentral.
Sebaik sahaja turun dan memastikan dengan pekerja syarikat pengangkutan awam tersebut,
gadis itu duduk dengan selesa menunggu ketibaan bas.
Dalam 10 minit kemudian, hujan lebat mencurah ke bumi.




Semua mencari tempat berteduh.


Sejuknya hujan-hujan ni.
Hujan rahmat.


Hujan lebat yang tidak dapat disangkal lagi.
Menanti dan menanti bas yang hendak dinaiki dengan sabar.
30 minit kemudian, bas yang hendak dinaiki tiba.
Berada dibarisan paling akhir antara orang ramai yang hendak menaiki bas tersebut membuatkan hati pasrah jikalau tiada tempat duduk yang tinggal.
Namun, Alhamdulillah ada.
Walaupun berada di tempat duduk belakang sekali,
masih lagi boleh duduk dengan selesa.


Tak sabar.
Tak sabar.
Cepatlah sampai.


Hampir kesemua penumpang tidur sebaik sahaja menaiki bas.
Penat menunggu ditambah dengan cuaca sejuk memang nikmat.


Cuba teka...
Dah sampai ke belum?
Dah?
Belum...
Perlu menaiki satu bas lagi sebelum sampai ke destinasi berikutnya.
Ini adalah hentian Putrajaya.
Putrajaya?
Ya, Putrajaya.


Cepat! cepat!
Kejar bas.
Huh, nasib baik sempat amik gambar bas.

Duduk dengan selesa didalam bas, namun mata masih bergerak cergas.
Melihat ke kiri dan ke kanan.
Betullah tempat ini.

Sebaik turun dari bas,
tiada yang lebih menggembirakan dari melihat ini di hadapan mata.


Banner?
Bukan.
Nak beli apartment?
Bukan.
CYBERJAYA.
Akhirnya setelah hampir 6 jam setengah, sampai juga di Cyberjaya.
Teruja dengan perkataan Cyberjaya sampai benda ni pun hendak diambil gambar.


Nampak?
Nampak?
Berjalan cepat menuju ke destinasi.


Destinasi yang hendak dituju telah tiba.
Nampak tak abang baju putih itu pun turut teruja hendak ke tempat ini?
Siapa dia?
Watak sampingan.


"Assalammualaikum, ada orang tak?"
Misi yang kelihatan senang.
Ya, mungkin senang bagi yang berkenderaan.

Namun yang penting semangat tidak putus asa.
Meneruskan perjalanan hingga ke titik penamat.
Gadis itu berjaya menyelesaikan misinya dengan jayanya.
Perjalanan pulang hanya memakan masa 2 jam.

Tepat jam 8.30 malam, gadis itu telah selesa berada di katil di Shah Alam.
Memberitahu rakan setugas yang lain mengenai hasil pengembaraannya hari ini.


Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

HPD

Congratulation!! I just diagnosed my self of having a HPD. Histrionic Personality Disorder.. *so, that's the reasons of some of my weird behaviors. But, lucky me. I am not alone However, the words before -facts is quite disturbing. *what do you expect? sigh.. By the power of internet, I can also treat my self. "Before you diagnose yourself with depression or low self-esteem, first make sure that you are not, in fact, just surrounded by assholes." - William Gibson.  Now, what I should do is just not be surrounded by assholes and if the symptoms still occurred , I can always go to Dr. Google for another treatments..   

Half-Nuang 2 : Solo trip

Plan bukan main baik nak join trip Gunung Hitam tarikh 13 Ogos 2016. Siap dah masuk dalam grup sebulan awal. Tetiba, Jumaat tu kena siapkan keje, pukul 12 malam baru balik lepas seharian berkurung di bilik mesyuarat. Minggu tu hari2 balik lambat. Tapi biasa sampai pukul 9 je. Tak buat keje fizikal pun, cuma taip kat computer, tapi perasaan masa tu penat sangat. Malam tu nak drive balik rumah yang amik masa 5 minit pun rasa tak larat. Tak boleh buka mata. Jadi, aku fikir daripada aku pewai, susahkan orang masa trek, baik aku tarik diri. Mesej dalam grup, minta maaf. Trus left. Haha.. Hari sabtu tu, masa lepak2 (konon2 tengah recover penat) tetiba rasa menyesal tak naik Gunung Hitam. Aku ada trip naik 5 gunung hujung bulan ni, tapi training cuma kat Tabur West . Tu pun sekali. Tak boleh jadi ni.. Dahlah aku join trip orang yang aku tak kenal, ada juga kena maki nanti. Kena training ni. Ok, tempat paling dekat dan paling hardcore yang aku pernah pergi….   Gu