Skip to main content

AiS DaN BuKU II

Assalammualaikum...

Pernah tak apabila kita baca sesuatu buku,
kita terasa seolah pengarang itu bercerita dengan kita personally.
Seolah setiap cerita, pengalaman semuanya dekat dengan hati.
Kita sentiasa boleh merasa segala emosi,
'lihat' dengan mata situasi jalan cerita itu sendiri,
mengenali setiap watak
dan yang penting sekali menjiwai ceritanya.

Kebelakangan ini, Alhandulillah, minat membaca kembali.
Mungkin itu juga salah satu sebab banyak idea untuk menulis.
Namun apa yang paling suka ialah
mendapat manfaat daripada buku yang dibaca.

Kiranya bukan membaca sekadar novel cinta biasa,
tetapi juga menyelitkan sesuatu yang boleh digunakan
sebagai panduan rujukan seharian.

Ya, sebagai manusia biasa yang sentiasa lalai,
sekiranya diberi pilihan antara buku motivasi dan agama atau cinta
mana satu yang akan saya capai?
Semestinya yang kedua.
Jadinya wujudnya cerita yang menggabungkan antara ketiga-tiga
elemen ini semestinya merupakan
satu cara yang terbaik untuk meyampaikan nasihat.

Hehe..
Mood hari ini sangat skema.

Apabila membaca sesuatu novel itu,
saya akan menganggap novel itu sangat berkesan sekiranya
terdapat sesuatu ayat yangmemberi kesan dalam hidup saya.

Contoh yang paling saya ingat:
" Bahagia itu datangnya dari hati "
- Damai, Saidatul Saffa -




Selalunya kita akan alpa dan sentiasa terpesong
antara mencari cinta duniawi atau hakiki.

Sekiranya saya terpikat dengan sebuah penulisan seseorang,
saya akan membeli seluruh karya penulis tersebut.

Contohnya Noor Suraya.
Saya lambat sekali mengenali beliau,
(walaupun pernah membaca karya Tanah Andriyana bertahun sebelum itu)
tetapi apabila membaca Jaja & Din,
saya terus sahaja jatuh hati dan membeli
hampir kesemua karya penulisan beliau.




Begitu juga dengan Cik Saidatul Saffa,
saya mula jatuh cinta dengan dengan beliau ketika membaca
cerita Damai dan mengikuti penulisan beliau daripada itu.
Dan jatuh cinta kembali apabila membaca
cerita Quartet beliau.


Ya, saya juga peminat setia
Ramlee Awang Murshid, Anis Ayuni dan Aisya Sofea.

Namun apakah perbezaan antara
Damai, Jaja & Din dan Quartet
dengan novel yang lain adalah jalan ceritanya.

Masing-masing menceritakan kisah percintaan.
Dimana si gadis mencari pilihan hatinya.

Namun dalam mencari dan memilih
pasangan hidup,
penulis mengajak kita untuk merasai
pahitnya kesukaran untuk memiliki,
masinnya tumpahan air mata sebelum kita dapatkkannya
tapi akhirnya
merasai manisnya nikmat sabar dan taqwa.

Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

Apa yang nak bawa ni?

Aku tak pernah ada masalah nak packing barang.. Buat list, campak2, siap.. Walaupun last minit. Cuma unpack je stres Masa rajin hiking dulu, lagilah .. Pejam mata dah siap pack untuk trip 3 hari 2 malam.. Haha, berlagak gila.. Masuk hutan memanglah senang.. Baju tak payah banyak.. Bawa yang paling nipis dan ringan.. Seluar boleh kata memang recycle hari2 sebab kotor, nak basuh lagi bertambah berat..  Cuma bawa lebih satu untuk seluar tido dan boleh jadi back up seluar in case seluar sedia ada koyak ke apa.. #kisah benar Okay, stop reminiscing the past.. Sebab tak pernah pergi kursus lebih dari seminggu.. Masa buat umrah pun baju tak bawa banyak, sebab tahu lebih kepada pakai telekung.. Since ni trip kursus 6 minggu dan sambung 1 minggu backpack, aku list semua benda yang perlu bawa.. Bila dah susun semua, beg tak muat!! Target bawa satu beg travel yg besar tu je.. Tak pernah kot beg tak muat.. Okay, cari mood..  Tarik nafas... Keluar semua baju bal...

Yuna - Unrequited Love

Found this song.. Love the music and the words.. The comparison of falling in love with the sea is beautiful and somehow relatable.. For my future self, please remember this song when you starts to fall again =)