Skip to main content

aiS DaN Syaaban

Assalammualaikum..
Salam Nisfu Syaaban semua..
Lepas Syaaban, Ramadhan akan menjelma.


Sekadar perkongsian..

Apakah itu sebenarnya Nisfu Shaaban?
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Apakah kebaikan hari ini berbanding biasa?

Nabi Muhammad bersabda "Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Jawapan bagi soalan diatas ditaja oleh:
Hm...
Mungkin ramai antara kita yang tahu namun lupa.
Bila cakap pasal lupa semua, teringat perbualan dengan adik.
Adik saya ni gila-gila kepalanya.
Kami tidaklah rapat sangat,
namun mungkin apabila lama tidak berjumpa,
bila jumpa je terus rapat.

Masa tu baring-baring tunggu mata nak tutup.
Tiba-tiba saja je nak uji pengetahuan dia.
Saya : Tahu tak siapa rasul ululazmi?
Dia : Hm...
Saya : Ish.. Ish.. Mcm mana boleh lulus sekolah agama.
(Dalam nada bergurau)
Dia : Muhammad, Isa, Musa, ...
Saya : Siapa lagi?
Dia : Hm..
Saya : Nuh dan Ibrahim.
Dia : Ha'ahlah. Baru ingat.

Lepas tu dia cerita tentang kawan dia,
anak ustaz tapi tidak gemar memakai tudung.
Maksudnya jika ayahnya bukan ustaz,
pasti dia tidak akan memakai tudung.
Saya cakaplah kita tak boleh menilai orang dengan melihat siapa
keluarganya.
Tak semestinya anak ustaz kena baik.
Mungkin hidayah tak sampai lagi.
(Macam hebat je bagi nasihat)

Saya : Macam Nabi Nuhlah. Anak dan isteri dia pun tak dengar kata.
Dia : Yang kena telan ikan paus ke tu?
Saya : Tak, yang banjir sampai kena bina kapal.
Dia : Habis yang kena telan ikan paus tu?
Saya : Hm.. Eh, macam Nabi Nuh juga kan?
Dia : Yalah. Rasanya Nabi Nuh juga.

(-______-)

Hm..
Esoknya saja je baring-baring baca majalah Hidayah yang memang ada di rumah.
Diizinkan Allah,ada cerita mengenai nabi yang telah ditelan ikan paus.
Ya, bukan Nabi Nuh.
Nabi Yunus.

Padahal belajar agama dah berapa tahun.
Baru tinggalkan alam persekolahan setahun dua dah lupa.

Dan hari ni,pagi Nisfu Syaaban,
saya menonton Tanyalah Ustaz di TV9.
Beliau berkata gunalah perkataan 'kita' selalu.
Ia melambangkan orang yang cerdas.
Saya tidak selesa menggunakan perkataan 'kita' kerana seperta kebudak-budakan
dan agak formal bunyinya.
Siapa sangka,itulah perkataan yang terbaik.
 
Semalam,
sepupu saya meminjam buku agama yang lama saya dah beli tapi belum berkesempatan menghabiskannya.
Pagi tadi dia berjumpa saya dan berkata,
"Bagusnya buku ni".

Sepupu saya ini sebaya dengan adik saya.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

Peluang

Aku sedaya upaya cuba tak nak rasa menyesal.. Kebaanyakannya lebih kepada layanan kepada orang.. Aku akan tanya diri aku sendiri, aku akan menyesal ke bila buat macam ni kalau itu merupakan hari terakhir orang tu? Adakah aku akan menangis minta maaf tanpa henti? Bila aku diberi peluang, aku pun akan fikir macam tu.. Aku akan menyesal tak bila buat ni? Sebab tu bila kawan aku ajak aku on the spot, aku akan ambil masa sama ada nak bersetuju atau tak.. Sebab biasanya jawapan pertama yang akan keluar adalah tak.. Dalam sebulan yang lepas, aku dapat satu peluang permohonan untuk buat benda yang aku idamkan.. Namun, disebabkan aku rasa afraid of the unknown , aku lepaskan peluang tu.. Aku lansung tak memohon, dan buat pelbagai alasan kenapa aku tak sempat.. Lepas je tarikh tamat permohonan, aku terus rasa menyesal.. Aku tanya kat diri sendiri, kenapa aku tak mohon? Takut kena reject? Takut kalau dapat? Kelakar kan bila kita soalkan semula perasaan tu.. Rasa macam p...

Yuna - Unrequited Love

Found this song.. Love the music and the words.. The comparison of falling in love with the sea is beautiful and somehow relatable.. For my future self, please remember this song when you starts to fall again =)