Skip to main content

Laksamana Sunan

Pernah tak terfikir apa sebenarnya tujuan kita hidup di muka bumi ini?
Hm... Kenapa tiba2 pulak ni?
Hahaha..
Kadang-kadang kita tak tahu apa yang penting dan tak penting.
Kita biasanya akan membuat apa yang kita suka,
dan meninggalkan benda yang kita kurang minat..
Manusia.. Manusia..

Oh.. Hah, apabila berbicara tentang Laksamana Sunan,
mungkin ramai akan terbayang tentang wajah orang2 yg berpurdah.

Laksamana Sunan @ Saifudin merupakan watak utama dalam
novel bersiri Ramlee Awang Murshid
dari 'Bagaikan Puteri'.


Tengok? Hehe..
Cover model semuanya berpurdah dari lelaki sampailah ke perempuan.

Apabila kaum wanita (merujuk kepada diri sendiri) membaca novel ini,
satu je yang akan terlintas di fikiran.
"Untungnya siapa dapat Laksamana Sunan."
Dalam bahasa kasarnya -Lelaki idaman Malaya ni.

Sangat-sangat jatuh cinta dengan koleksi karya ini daripada cerita Bagaikan Puteri.
Ingat lagi masa habis je baca novel ni,
terus tengok cerita "Puteri Gunung Ledang"
yang Tiara dan M. Nasir berlakon.
Masa tu (masih lagi sekarang) lagu "Bagaikan Sakti" merupakan favourite.

Dan masih lagi terasa perasaan kali pertama membaca novel ini,
rasa sayang ingin menghabiskan pembacaan.
Kalau tak silap, masa itu, En. Ramlee masih lagi tidak merancang
hendak membuat sambungannya.
Apa-apa pun, memang terbaiklah!!!

Tahun demi tahun (drama pulak!!) apabila baca koleksi ini,
baru kali ini apabila terbaca karya terbaru siri ini
barulah perasaan kali pertama itu muncul semula.


 Sutera bidadari.
Tak tahu bagaimana hendak disampaikan.
Apabila baca koleksi ni, rasa kerdil sangat
apabila mudah sangat mengikut hawa nafsu.

Bagusnya En. Ramlee.
Sambil mengarang novel, dapat juga berdakwah.


p/s : picture credit to owner (click to see whose)



Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

Peluang

Aku sedaya upaya cuba tak nak rasa menyesal.. Kebaanyakannya lebih kepada layanan kepada orang.. Aku akan tanya diri aku sendiri, aku akan menyesal ke bila buat macam ni kalau itu merupakan hari terakhir orang tu? Adakah aku akan menangis minta maaf tanpa henti? Bila aku diberi peluang, aku pun akan fikir macam tu.. Aku akan menyesal tak bila buat ni? Sebab tu bila kawan aku ajak aku on the spot, aku akan ambil masa sama ada nak bersetuju atau tak.. Sebab biasanya jawapan pertama yang akan keluar adalah tak.. Dalam sebulan yang lepas, aku dapat satu peluang permohonan untuk buat benda yang aku idamkan.. Namun, disebabkan aku rasa afraid of the unknown , aku lepaskan peluang tu.. Aku lansung tak memohon, dan buat pelbagai alasan kenapa aku tak sempat.. Lepas je tarikh tamat permohonan, aku terus rasa menyesal.. Aku tanya kat diri sendiri, kenapa aku tak mohon? Takut kena reject? Takut kalau dapat? Kelakar kan bila kita soalkan semula perasaan tu.. Rasa macam p...

Yuna - Unrequited Love

Found this song.. Love the music and the words.. The comparison of falling in love with the sea is beautiful and somehow relatable.. For my future self, please remember this song when you starts to fall again =)