Skip to main content

aiS DaN RaMaDHaN

Salam akhir Ramadhan...
Dah nak habis Ramadhan baru sibuk nak post..
Hehehe..


Basically semua tahu apa itu Ramadhan,
Bulan ke-9 dalam kalender Hijrah.
Namun yang paling semua orang maklum akan perkara wajib dilakukan
pada bulan ini.
Ya.. Berpuasa dan menunaikan zakat.

Apabila dah dewasa ni,nikmat puasa rasa lain dari dulu2.
Kalau dulu puasa sebab kena suruh,
kalau rasa nak buka puasa pun takut sebab kan ibu bapa
bukan yang Esa.

Namun setelah dewasa,
Alhamdulillah, rasa nikmat, taqwa itu, meskipun sikit,
memberi keinsafan dalam diri.
Menjaga nafsu.
Meski kadang2 sukar hendak menjaga mata dari melihat paparan
yang mengurangkan pahala puasa,
namun benarlah kata orang,
kalau kita hendak berbuat baik,
nescaya akan dibantu oleh Allah.

Sebenarnya dalam 2 bulan ini,
hati rasa tak tenteram dan sibuk mencari arah tuju diri.
Selalu sangat lupa kan tempat untuk dituju.
Yakin dan bongkak diri mampu menyelesaikan segalanya.
Sampailah ke satu tahap diri memang tak mampu lagi berdiri dengan sendiri
lantas meminta petunjuk dari yang Esa.

Tatkala sujud meminta,
hati seringkali terdetik akankah diterima doaku?
Akankah dibantu meringankan beban hatiku?
Disaat itu terdetik di hati...
Bukankah Allah telah berfirman :
mintalah padaKu, nescaya akanKu perkenankan”.
Lalu kurendahkan diri,
memberanikan diri meminta sedangkan sedar diri
yang penuh dosa.

Alhamdulillah.
Ujian Allah hanya sekecil ini sahaja,
namun lupanya akan
wujudnya kuasa yang lebih besar ini
membuatkan ujian ini terasa besar.

Sesungguhnya benar apa yang dikata,
Allah menunjukkan rasa sayang itu melalui ujian.
Kalau bukan kerana ujian ini,
pasti aku akan lebih hanyut.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

" Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu, yg mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan kehidupanmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu
kerana DIA tahu hati yang sebiginilah
yang selalunya lebih lunak dan mudah dekat dan akrab denganNYA.."

Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

Peluang

Aku sedaya upaya cuba tak nak rasa menyesal.. Kebaanyakannya lebih kepada layanan kepada orang.. Aku akan tanya diri aku sendiri, aku akan menyesal ke bila buat macam ni kalau itu merupakan hari terakhir orang tu? Adakah aku akan menangis minta maaf tanpa henti? Bila aku diberi peluang, aku pun akan fikir macam tu.. Aku akan menyesal tak bila buat ni? Sebab tu bila kawan aku ajak aku on the spot, aku akan ambil masa sama ada nak bersetuju atau tak.. Sebab biasanya jawapan pertama yang akan keluar adalah tak.. Dalam sebulan yang lepas, aku dapat satu peluang permohonan untuk buat benda yang aku idamkan.. Namun, disebabkan aku rasa afraid of the unknown , aku lepaskan peluang tu.. Aku lansung tak memohon, dan buat pelbagai alasan kenapa aku tak sempat.. Lepas je tarikh tamat permohonan, aku terus rasa menyesal.. Aku tanya kat diri sendiri, kenapa aku tak mohon? Takut kena reject? Takut kalau dapat? Kelakar kan bila kita soalkan semula perasaan tu.. Rasa macam p...

Yuna - Unrequited Love

Found this song.. Love the music and the words.. The comparison of falling in love with the sea is beautiful and somehow relatable.. For my future self, please remember this song when you starts to fall again =)