Skip to main content

aiS DaN SiTi SaRaH & SHuiB

Salam Ramadhan...

Semua sedia maklum akan kemenangan kumpulan Sepah dalam pertandingan Maharaja Lawak yang lepas.
Saya bukanlah peminat setia rancangan ini, namun saban minggu apabila rakan-rakan turut serta tag dan masing-masing sibuk komen akan rancangan ini, maka saya turutlah terpengaruh.

Pada mulanya hanya melihat show JoZan dan Nabil sahaja sebab itu yang banyak ditagkan. Namun apabila saya pulang ke rumah, adik saya turut meminati rancangan ini dan mendownloadnya dari YouTube dari mula hingga akhir saya pun melihat satu persatu lawak setiap kumpulan. Namun antara semua kumpulan, lawak Sepah paling melekat dihati. Saya langsung tidak menjangka akan lawak mereka, dan lawak mereka sangatlah kemelayuan.

Yang paling saya rasa sangat terkesan ialah pada episod pertama ML. Perihal "Yang kamu makan Friskies tu kenapa?" dan "Tukarlah nama kepada malang, malangkan tak berbau" membuatkan saya seringkali tersenyum sendiri meskipun sudah beberapa kali melihat episod tersebut.

Sepupu saya turut menggunakan salah satu lawak dari kumpulan itu. "Aku boleh bagi ko satu barang... barang yang lepas usah dikenang". Sabar jelah dengar lawak yang tak berapa lawak dibuatnya.

Dipendekkan cerita, semua turut maklum akan lawak yang dibuat oleh kumpulan Sepah yang diambil konsepnya dari rancangan Semanis Kurma.

Semalam ketika saya sedang mencari koleksi lawak Sepah, saya terjumpa dengan rakan temubual antara pengacara Semanis Kurma dengan Siti Sarah dan Shuib. Kiranya diorang ni tetamu istimewa mereka.

Nampak sweet je Sarah dan Shuib ni. Kisah cinta mereka mungkin kurang mendapat perhatian berbanding kisah cinta artis yang lain. Namun melihat rakaman ini membuatkan sesiapa sahaja dapat melihat akan keromantisan pasangan ini yang tidak dibuat-buat. Mungkin ini hikmahnya kalau tidak berapa popular sangat,
expectation orang kepada pasangan ini akan kurang, jadi mereka lebih menjadi diri mereka sendiri.

Siti Sarah memang sudah dikenali sebelum ini dengan lagu "Kesetiaan" yang menjadi juara carta suatu ketika dahulu, namun ramai yang tidak mengetahui akan 'personal life' dia. Ketika dia naik dahulu, dia bersaing dengan Misha Omar.Tak silap saya, meskipun beliau mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut dan telah membuktikan bakat nyanyian beliau dengan lagu "Kesetiaan", namun beliau agak kurang mendapat sambutan berbanding Misha Omar.

Selepas itu, beliau ada menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa orang lelaki, sebelum serius bertunang dengan seorang lelaki 'foreigner'. Selepas beliau putus tunang, cerita perihal beliau terus senyap. Kemudian munculnya perihal mengenai ayahnya yang berkahwin lagi.

Mungkin disebabkan itu, Sarah lebih dewasa dalam membuat keputusan. Itu yang terlintas apabila saya membaca pernyataan Shuib yang katanya susah hendak mendengar perkataan sayang dari mulut Sarah. "Saya pernah memberhentikan kereta di tepi highway semata-mata hendak cakap yang saya sayang kat dia," kata Shuib sewaktu hari pernikahan mereka.

Apabila melihat rancangan Semanis Kurma menampilkan mereka,
rasa tumpang seronok melihat mereka.

Sesiapa yang hendak menyaksikan boleh melihat rakaman YouTube dibawah.








Favorite quote yang paling saya suka dari mereka ialah :
(lebih kuranglah maksud mereka begini)

Sarah : Yang paling penting ialah mendapat keredhaan Allah.
Sekiranya kita terlaluuuuuuu sayangkan suami kita,
apabila something happen, kita dah lemah.
Yang penting redha dengan qada' dan qadar dari Allah.

Shuib : Suami apabila balik rumah dengan panas hati,
hendaklah masuk kedalam peti ais (ya, dia buat lawak),
apabila sudah sejuk hati barulah keluar jumpa isteri.

Apabila mendengar mereka cakap begitu,
rasanya semua orang boleh ambil pengajaran.
Kepada yang perempuan, jangan terlalu sayang sangat kepada lelaki.
Kepada yang lelaki, jangan terlalu turutkan baran hati.

Namun yang paling romantik tatkala
mereka disuruh memberi akhir kata kepada rancangan ini
yang pada ketika itu membawa topik "Isteri umpama bidadari".
Shuib memberi laluan kepada Sarah memberi ucapan dahulu dengan berkata
"Silakan, bidadari"

Rasa macam terpaku sekejap ketika itu.
Yalah, zaman sekarang bukan senang lelaki nak puji perempuan.
Masa bercinta bolehlah,bila dah kahwin semua hilang.


Video dibawah merupakan duet Sarah dan Shuib dengan lagu "Cinta Itu Nyawa"
bagi mempromosikan filem terbaru mereka
Man Sewel datang KL.



Comelkan?
Comelkan?
Comelkan?

Diharap hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Takmo cerai2 okay.
Amin...

Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

Apa yang nak bawa ni?

Aku tak pernah ada masalah nak packing barang.. Buat list, campak2, siap.. Walaupun last minit. Cuma unpack je stres Masa rajin hiking dulu, lagilah .. Pejam mata dah siap pack untuk trip 3 hari 2 malam.. Haha, berlagak gila.. Masuk hutan memanglah senang.. Baju tak payah banyak.. Bawa yang paling nipis dan ringan.. Seluar boleh kata memang recycle hari2 sebab kotor, nak basuh lagi bertambah berat..  Cuma bawa lebih satu untuk seluar tido dan boleh jadi back up seluar in case seluar sedia ada koyak ke apa.. #kisah benar Okay, stop reminiscing the past.. Sebab tak pernah pergi kursus lebih dari seminggu.. Masa buat umrah pun baju tak bawa banyak, sebab tahu lebih kepada pakai telekung.. Since ni trip kursus 6 minggu dan sambung 1 minggu backpack, aku list semua benda yang perlu bawa.. Bila dah susun semua, beg tak muat!! Target bawa satu beg travel yg besar tu je.. Tak pernah kot beg tak muat.. Okay, cari mood..  Tarik nafas... Keluar semua baju bal...

Yuna - Unrequited Love

Found this song.. Love the music and the words.. The comparison of falling in love with the sea is beautiful and somehow relatable.. For my future self, please remember this song when you starts to fall again =)