Skip to main content

aiS DaN SyaWaL

Alhamdulillah diketemukan lagi akan nikmat Syawal.
Bulan untuk meraikan kemenangan atas segala penat lelah
dan jerih perih kita untuk menahan hawa nafsu
dan lapar dahaga selama sebulan.

Bulan untuk kita bermaafan atas segala salah silap
dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim
sesama kaum keluarga dan sahabat handai
dengan saling berkunjungan dan bemaaf-maafan.

Bulan untuk mensyukuri atas segala nikmat
dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah
yang menjadikan hari ini begitu
indah dan bahagia sekali.



Oleh disebabkan tema baju raya tahun ni warna ungu,
(walaupun tak berapa nak ungu sangat)
sibuk mencari gambar yang berwarna ungu,
supaya nak disesuaikan dengan tema raya.
Hik hik hik.

Hm.. Walaupun ada terima berita yang tidak dijangka hari ini,
namun segalanya berjalan lancar.
Kita tak mengetahui apa yang dirancangkan untuk kita
walaupun seolah-olah benda itu sudah berada di depan mata.

Okay, enough with the drama...

Jadi, apabila saat terakhir baru nak siapkan preparation raya,
banyaklah yang kurangnya.

Even rumah tak 100% dah kemas,
tapi ada nampak juga transform raya.
Kuih raya 'tunjuk' semua dah diisi didalam balang,
(sudah pun dirasmikan oleh adik).
Baju raya semua dah gosok.
Hm.. apa lgi?
Hah...
Esok kena bangun awal, kemas umah lagi.
Apabila banyak sangat hero dalam rumah,
macam nilah jadinya.

Tapi nak share pasal rancangan TV malam raya yang ditonton.
Ceh, ayat nak power.

Biasanya dalam rumah ni, ada 2 je channel yg di tengok,
TV3 dan TV9.
Namun malam ni, entah macam mana,
ayah tertekan channel RTM2 @ TV2.

Nampak Jep Sepah sebagai pengacara,
terus terpaku depan TV.
Eh, Jep je. Tak de Sepah kat belakang.
Umum tahu kumpulan itu sudah berpisah.
Mungkin dah tiada jodoh.
Doakanlah yang terbaik untuk mereka.

Walaupun mengumpulkan semua ahli kumpulan,
mereka masih bersifat profesional.
Namun kelibat terkilan Jep masih kelihatan.
Hm.. (Pandai2 je menilik org).

Masa tengah sibuk layan rancangan tu,
adik sibuk pula ajak main bunga api.
Terpaksa mengalah juga.
Dia nak main mercun mancis,
saya main bunga api je.
Hehehe..
Tak berani.


Nilah bunga api yang dimain.
Cari2, jumpa juga kat internet.


Mungkin lepas mendengar dentum2 bunyi
mercun mancis,
sepupu saya datang ke rumah.


Cara mainnya memang macam menggunakan mancis.
Gores, dan terus baling, sbb lps tu dia akan meletup.
Bahaya kepada mereka yang kekurangan kepantasan refleks.


Dia membawa mercun merdeka.
Ya, mercun merdeka.
Tertera nama itu diatas kotak.
Pertama sekali saya melihat.


Memang sebijik kotak dia macam ni.
Tapi kat ats tu, instead of tulisan chinese, dia tulis 'mercun merdeka'

Saiznya kecil sedikit.
Sebesar telapak tangan orang lelaki dewasa.


Namun memanglah dapat dijangka bagaimana
bunga apinya keluar.
Seperti pertunjukan bunga api yang besar.
Cuma skalanya agak kecil.
Namun tetap berpuas hati.


Ini pun gambar yang dicilok dari internet.
Tak seperti ini, namun puas hati. 

Dikesempatan ini,
ingin menyusun sepuluh jari.
Maafkan atas salah silap,
halalkan makan minum,
dan rayakan Syawal ini dengan
penuh penghayatan.

Lupakan segala sengketa,
bermaaf-maafanlah sesama kita.  =)

Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

iCe and DRaMa

I am still in the mood of "Prison Break" Feel like watching the series all over again. But then, I think I have to move on. Yeah, move to other drama series. So I searched for another drama series, but I do not know what I am looking for then I found this website. Guess it is really useful for people like me. TOP 100 Drama tv series Guess it is a good start. I have to move on. You guys must know what the next drama that I want to watch.

Mat Bomer

Does anyone know who Matt Bomer is? Anyone? =) Since all the tv series that I currently hooked on approaching the finale, I took an initiative to find another tv series. And one of my download site reupload White Collar for full season 2. So I searched a little bit about the series and decided to try the tv shows. Well, when you watch a lot of criminal shows,  it's hard to find another one that make you fall for it and wanting for more. Though, luckily for this tv series, it had Mat Bomer as the attraction.    Who wouldn't fall for the the pretty face, right? And as much pretty as the face, there's also a not pretty story about the actor. Just let me state this. We are clearly out of the league. Well, anyone will say, "I knew it," But actually we didn't know it as long as it confirmed. So, as far for the tv series, White Collar, it have interesting story line. A criminal working with the FBI to catch a ...