Skip to main content

Alhamdulillah


Kalau ni post2 yang biasa2, aku just letak wallpaper ni je.
Tapi ni post yang luar biasa.
Post yang buat aku sedar betapa beruntungnya aku ni.
Post yang ingin aku kongsi dengan semua orang.

Huhu...

Aku rasa dah menjadi rutin atau pun kebiasaan bagi aku apabila menghadiri sesuatu perkara yang penting, mesti ada something yang berlaku.
Tak kiralah besar, kecil atau pun sederhana2 saja.

Pagi tadi aku ponteng kerja untuk pergi interview (Huahua).
Aku saja je nak test market, dah berkurun aku hantar resume, baru semalam telefon suruh datang interview.
Jadi, hari ni aku pergi membawa misi seorang diri dengan merembat kereta abah.
Aku tak cakap pun dengan siapa2 sebab aku rasa tak penting pun. 
Just nak tambah experience je.
Dan aku betul2 dah bertambah banyak experience hari ni.

Masa aku nak pergi tu, aku ambil kunci abah tengan tido.
So, aku just mesej je. Tapi dalam beberapa minit abah balas.
"Jaga jangan bagi kereta panas sangat"
Means abah, kena selalu tengok temperature.
Aku balas dengan pantasnya.
"Ok."

Maka, berlalulah aku dengan gayanya pergi ke tempat yang nak dituju.
Masa aku tengah pusing2 cari tempat tu, tiba2 kereta perlahan-lahan makin slow. Aku cool je walaupun mata kat temperature dengan jarum menunjuk ke huruf H.
Aku berhenti tepi, terus buka tempat enjin, asap kepul2 keluar.
Aku terus call company tu cakap aku lambat datang.
Ok, settle satu.

Macam mana ni?
Nasib baik aku kat jalan dalam, bukan dekat dengan main road.
Satu, dua, tiga kereta lalu tepi aku.
Lepas dalam 5 minit macam tu, aku pun bukalah tempat air dan tuang air dalam bekas tu. (Ni pun sbb aku selalu tgk abah buat).
Habis air dalam botol, still tak penuh lagi.
Aku try start engine, x boleh start.
Ok, aku dah berdebar dah.
Mati aku macam ni.

Aku telefon abah.
Abah tanya macam mana bleh jadi, aku ceritalah.
Abah dah tak tahu nak cakap macam mana sebab sebelum ni boleh je hidup engine lepas kereta dah cool.
Aku cakap, tak pelah. Aku tunggu kereta cool lagi.
Abah terus letak.
Huhu..

Masa tu dah hampir sepuluh kereta lalu tepi aku.
Aku tengok je kereta lalu lalang.
Then satu apek berhenti depan kereta aku.
"Kenapa ni?"
Aku senyum pahit. "Engine panas"
"Sudah isi air?"
"Sudah. Tapi tak cukup. Mana nak cari air lagi ni?"
"Itu depan ada rumah, situ ada air,"
Aku angguk. Ambil botol air yang kosong dalam kereta letak kat bakul moto dia.
"Naiklah," dia suruh aku duduk belakang.
Dengan memakai baju kurung dan kasut wedges, aku duduk mengiring.
"Thank you, uncle," aku dah syahdu waktu tu.

Kat depan sikit je ada kuil cina.
Mata aku dah nampak dah paip air kat situ.
Aku pun turun dari moto.
"Cari orang dulu. Minta air,"
Kritikal mcm ni pun kena minta ke?
Aku terus ikut dia panggil2 sesiapa kat kuil tu.

"Jaga. Ada anjing,"
banyak kali dia pesan kat aku.
Lepas tu keluar seorang lelaki cina pakai baju t-shirt biasa.
Apek tu pun cakap bahasa cina dengan lelaki tu, aku kawal emosi je sambil tengok anjing yang tiba2 je ikut tuan dia dekat dengan aku.
Aku dah sembunyi2 belakang moto.

Then, lelaki cina tu tunjuk paip air yang aku nak rembat tadi.
Apek tu hulur botol air kat aku siap bukakan penutup lagi.
Apek tu suruh aku minta botol air lagi kat lelaki cina tu.
Aku cakap x payah sebab dah susahkan dia minta air, nak minta botol pulak.
Then lepas isi, aku nak cakap thanx dengan lelaki cina tu,
tapi dia dah takde dah.
Apek tu pun suruh aku naik moto dia pergi kereta aku balik.

Aku pun isilah air.
Masa tu ada dua lelaki melayu dalam 40-an berhenti kereta nak tengok apa kes aku berhenti tepi jalan dengan lelaki cina.
"Kenapa ni?"
"Engine panas"
Dia amik botol air dari tangan aku, dan isi.
Tak sampai separuh botol dia cakap
"Ni kenapa biarkan kosong ni, tak tahu ke?"
"Mana tahu." Ingat aku nak ke jadi macm ni?
"Tak pelah cik. Saya boleh buat. Cik nak gi mana?"
aku buat muka manis sambil ambil botol tu dari dia.
"Nak balik umahlah ni,"
Lepas tu terus je diorang masuk kereta balik.

Then aku nampak lelaki cina kat kuil tu tengok kitorang dari jauh.
Aku cakap kat apek tu. Apek tu cakap:
"Dia tak percaya sebab you melayu, i cina.
Sebab tu dia tengok"
Ya ke? Aku ada muka penipu ke?
Tapi aku nampak ada botol kosong kat tangan dia.
Dia cari botol kosong kot tadi.

Dalam kepala dah fikir macam2 dah kalau kereta masih lg tak hidup.
Tapi apek tu kata boleh hidup punya.
Dia dah lebih 50 tahun bawa kereta,
kalau macam ni boleh punya.
Lepas isi air penuh2, aku tutup penutup engine dan try start.

Sekali, tak boleh.
Apek tu suruh letak gear kat P.
Aku letak kat N.
Aku tukar gear, bismillah, start engine....
Alhamdulillah, start.

Huhu..
Aku sengih pandang apek tu.
Thank you apek.
Tapi aku cuak lagi nak bawa, apek tu cakap x pe.
"Boleh".

Aku terima kasih kat apek tu lalu slow bawa.
Rupanya tak jauh je lagi aku dengan tempat tu.
Lepas tu semua berjalan lancar.
Interview, aku bawa balik kereta, semua takde masalah.

Huhu..
Apek terima kasih..
Banyak pahala buat baik bulan Ramadhan ni.



Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

iCe aND PSYCH

After awhile looking for another worth-watching and download TV Series after Prison Break,  I tried to watched  Dexter . It is interesting. I just not did not fit to watching murder drama. Although in this drama it is not as bad as I make it sound. For my defense, I could not even watch Saw. My finger automatically click the X button at the upper-right just after 10 second of the opening. I do not know since when. One year ago, I still watching the Final Destination's and Wrong Turn's movies without any problem. Well, after looking for a while from my favorite downloading blog,  Mediafirefreaks I wanted to give a try to this drama series. The title itself make me curious. Psych. A new one. Is it like a vampire's story? Huahuahua.. The main character of this movie Shawn Spencer (James Rowdy- green shirt) and his parter Guster Burton (Dule Hill) were the most interesting partner ever. They were best friend but having an entirely different life. Gust...

Half-Nuang 2 : Solo trip

Plan bukan main baik nak join trip Gunung Hitam tarikh 13 Ogos 2016. Siap dah masuk dalam grup sebulan awal. Tetiba, Jumaat tu kena siapkan keje, pukul 12 malam baru balik lepas seharian berkurung di bilik mesyuarat. Minggu tu hari2 balik lambat. Tapi biasa sampai pukul 9 je. Tak buat keje fizikal pun, cuma taip kat computer, tapi perasaan masa tu penat sangat. Malam tu nak drive balik rumah yang amik masa 5 minit pun rasa tak larat. Tak boleh buka mata. Jadi, aku fikir daripada aku pewai, susahkan orang masa trek, baik aku tarik diri. Mesej dalam grup, minta maaf. Trus left. Haha.. Hari sabtu tu, masa lepak2 (konon2 tengah recover penat) tetiba rasa menyesal tak naik Gunung Hitam. Aku ada trip naik 5 gunung hujung bulan ni, tapi training cuma kat Tabur West . Tu pun sekali. Tak boleh jadi ni.. Dahlah aku join trip orang yang aku tak kenal, ada juga kena maki nanti. Kena training ni. Ok, tempat paling dekat dan paling hardcore yang aku pernah pergi…. ...