Skip to main content

Kawan Baik


Siapalah kita untuk menilai seseorang kan?
Buruk baik seseorang adalah haknya.
Sedangkan kita pun tak tahu dimana tahap kita.
Dimana tahap kejahatan dan kebaikan kita.
Tapi kita bersikap seolah-olah kita berhak untuk menilai orang lain.

Aku bersyukur dikurniakan kawan yang baik.
Kawan yang sentiasa berada disisi.
Kawan tang lebih layak dapat kawan yang lagi baik dari aku.

Kadang2 aku tak perasan aku dikelilingi kawan yang baik
sampailah mak cakap:
"Mak selalu doakan anak mak dapat kawan yang baik."
Baru aku tersedar.



Dan kita selalu tak hargai apa yang kita ada..
.. sampailah saat benda itu bukan milik kita lagi..

Kawan-kawan saya sekalian,
terima kasih kerana menjadi kawan saya,
terpilih menjadi kawan orang yang baik,
yang selalu mengajak saya kepada kebaikan,
dan selalu ada saat saya memerlukan..

Mungkin ada satu ketika awak rasa saya tak perlukan awak,
awak rasa saya lupakan awak,
awak rasa awak tak berharga dalam hidup saya,
awak rasa saya tak pedulikan awak.

Tapi satu je awak perlu tahu,
saya sentiasa perlukan awak..

Awak sebahagian dari diri saya.
Tanpa awak, siapalah saya.


Terima Kasih kerana menjadi kawan yang baik.
Menerima saya seadanya..


Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

Peluang

Aku sedaya upaya cuba tak nak rasa menyesal.. Kebaanyakannya lebih kepada layanan kepada orang.. Aku akan tanya diri aku sendiri, aku akan menyesal ke bila buat macam ni kalau itu merupakan hari terakhir orang tu? Adakah aku akan menangis minta maaf tanpa henti? Bila aku diberi peluang, aku pun akan fikir macam tu.. Aku akan menyesal tak bila buat ni? Sebab tu bila kawan aku ajak aku on the spot, aku akan ambil masa sama ada nak bersetuju atau tak.. Sebab biasanya jawapan pertama yang akan keluar adalah tak.. Dalam sebulan yang lepas, aku dapat satu peluang permohonan untuk buat benda yang aku idamkan.. Namun, disebabkan aku rasa afraid of the unknown , aku lepaskan peluang tu.. Aku lansung tak memohon, dan buat pelbagai alasan kenapa aku tak sempat.. Lepas je tarikh tamat permohonan, aku terus rasa menyesal.. Aku tanya kat diri sendiri, kenapa aku tak mohon? Takut kena reject? Takut kalau dapat? Kelakar kan bila kita soalkan semula perasaan tu.. Rasa macam p...

Yuna - Unrequited Love

Found this song.. Love the music and the words.. The comparison of falling in love with the sea is beautiful and somehow relatable.. For my future self, please remember this song when you starts to fall again =)