Skip to main content

Pendakian ke Bukit Tabur, Melawati


Alhamdulillah..
Selamat sampai dan balik mendaki Bukit Tabur..
Yeah, another achievement..


Dahlah 2 jam sesat atas jalan, sampai ingatkan memang x jumpa jalan. 
Tapi Alhamdulillah dapat jumpa lepas download waze..


Disebabkan antara kami bertiga tak seorang pun pernah naik, 
jadi kami memang plan nak ikut je orang depan.. Gamble je..

Nasib baik masa nak naik bukit tu terserempak dgn dua pakcik. 
Sebenarnya dah taraf atok2 dah, tapi to be polite kita panggillah pakcik. 
Diorang duduk bawah kaki bukit je dan selalu naik..


Jadi, naik jelah sambil baca2 doa dalam hati. 
Yelah, dua lelaki dengan 3 perempuan. Cuak juga kalau jadi apa2.. 
Pakcik2 tu byk kali berhenti sebab nak kutip batu kristal.. 
Lepas kutip bagi kat kitorang. Orang bagi, amik jelah kan..


Sebab tak pernah pegi, jadi baca-baca blog orang dulu sebelum tu. 
Katanya ada 13 checkpoint sebelum sampai puncak. 
Banyak blog cakap sangat mencabar dan perempuan tak digalakkan naik. 
Ada sekumpulan lelaki naik, tapi dapat naik smpai check point 7 je..
Jadi, kitorang pon target smpai check point 7 je untuk 1st attempt..

Memanglah jalannya penuh berliku. 
Penuh batu-batuan. 
Siapa penggemar wall climbing mesti enjoy sangat tempat ni..


Sebab ada pakcik2 tu kitorang x de rasa penat sangat
 sebab gerak tak laju sangat kerana pakcik tu banyak bercerita..
Tapi sampai check point 5, jumpa dengan satu group yang gerak lagi dulu dari kitorang lepak.. 
Bila pakcik tu sembang dengan diorang, kitorang gerak dulu..



Memang takde istilah jalan.. Semua mendaki dan menuruni.. 
Dengan penuh semangat, kami sampai ke check point 7..
Gembira rasa sebab berjaya sampai target..



Masa dah kat CP tu, jumpa 4 orang foreigners. 
Yang sorang tu dah 15 kali naik okey.. 
Malu sebagai rakyat malaysia x pernah jejak lagi kat sini..


Lepas tu jumpa group yang sembang dengan pakcik tu tadi, 
kitorang cakaplah yang kitorang target sampai check point 7 je. 
Leader group tu cakap, dah sampai separuh teruskan jelah.. 
Boleh pulak dia tambah, 
yang sampai check point 7 ni makcik2 dengan orang2 tua je.. 
Tercabar tak dengar statement dia?

Kitorang bertiga pandang antara satu sama lain. 
Lastly buat decision, kita buat sampai yg larat je.. 
Kalau tak larat, kita tak payah teruskan.. 
Set, kitorang teruskan..


Nak sampai 8 pun sangatlah mencabar. 
Jadi bila nampak check point 9 memanglah sangat semangat.. 
Lagi 4 je nak menuju ke puncak..


Biasanya siapa yang tak boleh nak teruskan, akan patah balik masa check point 9. 
Sebab nak pergi ke check point seterusnya memanglah sangat mencabar.. 
Dan takde istilah patah balik.. Sebab bila dah sampai puncak, akan ada jalan turun yang lain.



Masa ni baru nak ingat tuhan.. Gaung sebelah je.. 


Silap letak kaki memang kenduri arwahlah jawabnya.. 
Dengan kegayatan tahap maksima, mata memandang hanya kat tempat bergayut dan 
dengan kelajuan setara kura2, satu persatu perjalanan di lereng bukit di tempuhi..


Boleh mengucap panjang kalau ingat balik..


 Masa tu memang bersyukur sangat bawak 1.5L air 100plus + 700ml air mineral.. 
Masa kat atas, rasa dehidrat sangat..

Bila dah lepas batu2an, turun bukit sikit nampak leader kumpulan tadi. 
Kat situ ada 3 jalan.. Jalan kanan dah kena letak tali sbg no-entry sbb tu gaung.. 
Kalau terus akan sampai ke puncak, kalau ke kikiri, jalan turun balik..

Lepak kat situ dalam 15 minit borak2 dengan abang tu baru naik. 
Dia cakap sikit lagi je nak sampai. 
Tapi sebab penat, tak percaya cakap dia just prepare je mindset untuk apa2..


Tapi memanglah sangat dekat. Sampai atas, tengok yg ahli group yang tadi dah buat piknik okey..
Jadi memang confirmlah dah sampai..
Yabedabedu..


Yang tak bestnya, kat atas banya pokok. 
Jadi tak boleh ambil gambar pemandangan kat tepi.. 
Kalau tunjuk gambar pun tak nampak macam kat atas bukit..


Tapi bak kata Miley Cyrus, it's all about the climb..

Masa kat atas tu memang rasa puas gila. 
Dari cadang nak sampai ke 7 je, 10 je, alih-alih dah sampai 13.. 
Tak sangka dapat harungi semua ni..
Kitorang amik masa 3 jam nak naik ke puncak =)


Lepak -lepak dalam 20 minit, kitorang gerak turun.. 
Saja gerak dulu dari diorang.. Tak sabar nak duduk dalam kete ada air-cond.
Jalan turun memang menurun je. 
Banyak gunakan kekuatan lutut. Curam semua ada.. 
Sebab penat mendaki tak hilang lagi, rasa macam jauh je turun.. 
Dalam 10 minit pertama kitorang dah break kejap minum air..


Then leader dengan sorang group tadi dapat catch kitorang. 
So turun sama2 diorang.. Sbb tak pernah lalu jalan ni, kitorang cuak-cuak gak takut salah jalan. 
Siap batu-batu kristal yang pakcik tu bagi, buang kat tepi. 
Takut sebab tu, tak jumpa jalan keluar 
Tapi bila ada diorang,  smooth je jalan.. 
Tapi penat nak ikut langkah diorang yang laju..

Dalam 30 minit, kitorang berjaya sampai bawah.. 
Penat susah nak digambarkan.. Nasib baik bawah ada orang jual air tin sejuk.. 
Lega..


Naik kete, masing-masing nak makan ABC kat shah alam.. 
Drivelah pegi sana..
Sampai rumah dalam pukul 6 lebih..



Sehari suntuk berjalan..
Badan sakit-sakit.. Tapi kepuasannya tak tergambar..


Untuk perkongsian persama:
Baik bawa first aid kecik takut apa-apa ke.
(Nasib baik kitorang bawa handiplast, ada yang luka terkena duri pokok)
Then, bawa air semampu yang boleh.
Jangan takut berat =)
Yang 1.5L air 100plus tu kitorang share bertiga.
Air masak masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

iCe aND PSYCH

After awhile looking for another worth-watching and download TV Series after Prison Break,  I tried to watched  Dexter . It is interesting. I just not did not fit to watching murder drama. Although in this drama it is not as bad as I make it sound. For my defense, I could not even watch Saw. My finger automatically click the X button at the upper-right just after 10 second of the opening. I do not know since when. One year ago, I still watching the Final Destination's and Wrong Turn's movies without any problem. Well, after looking for a while from my favorite downloading blog,  Mediafirefreaks I wanted to give a try to this drama series. The title itself make me curious. Psych. A new one. Is it like a vampire's story? Huahuahua.. The main character of this movie Shawn Spencer (James Rowdy- green shirt) and his parter Guster Burton (Dule Hill) were the most interesting partner ever. They were best friend but having an entirely different life. Gust...

Half-Nuang 2 : Solo trip

Plan bukan main baik nak join trip Gunung Hitam tarikh 13 Ogos 2016. Siap dah masuk dalam grup sebulan awal. Tetiba, Jumaat tu kena siapkan keje, pukul 12 malam baru balik lepas seharian berkurung di bilik mesyuarat. Minggu tu hari2 balik lambat. Tapi biasa sampai pukul 9 je. Tak buat keje fizikal pun, cuma taip kat computer, tapi perasaan masa tu penat sangat. Malam tu nak drive balik rumah yang amik masa 5 minit pun rasa tak larat. Tak boleh buka mata. Jadi, aku fikir daripada aku pewai, susahkan orang masa trek, baik aku tarik diri. Mesej dalam grup, minta maaf. Trus left. Haha.. Hari sabtu tu, masa lepak2 (konon2 tengah recover penat) tetiba rasa menyesal tak naik Gunung Hitam. Aku ada trip naik 5 gunung hujung bulan ni, tapi training cuma kat Tabur West . Tu pun sekali. Tak boleh jadi ni.. Dahlah aku join trip orang yang aku tak kenal, ada juga kena maki nanti. Kena training ni. Ok, tempat paling dekat dan paling hardcore yang aku pernah pergi…. ...