Skip to main content

Pesta Floria, Putrajaya


Bismillahhirrahmannirrahim..

Alhamdulillah.
Hari tu pergi Pesta Floria Putrajaya.
Kali ni tema Orkid - Khazanah Tropika.

Tapi, kan memandangkan diorang buat acara ni sebagai acara tahunan 
dan untuk menarik pelancong, rasanya lebih baik kalau digunakan nama Anggerik berbanding Orkid.

Lebih klasik dan lebih kemelayuan.

Dipendekkan cerita, masa mula-mula nampak banner ada Pesta Floria ni memang dah sangat excited. Ajak kawan-kawan, book date untuk pesta ni.

Bila dah ajak semua kawan-kawan.
Boleh pulak jadual tu bertindih sebab ada yang boleh pergi hari sabtu dan ada yang boleh pergi hari ahad. 

Tak payah nak susah payah fikir nak pergi hari apa,
kita pergi je kedua-dua hari. =)

Memang cantik sangat pameran Floria kali ni.

Malas nak cakap, tengok jelah gambar-gambar ni.










Yang atas ni dibuat oleh MPKT.
Masa hari pertama ada kumpulan alat muzik.
Seorang perempuan nyanyi.
Suara dia, sedap sangat.
Dengan pemandangan yang betul-betul macam masuk dalam hutan yang sangat cantik, rasa macam dengar suara puteri bunian je..
Betul, tak tipu..



Dua gambar atas ni dari MPPD.
Tema wira negara yang terkorban.
Rasa cantik dan sedikit macam Sandakan Memorial Park.


Bawah ni semua pertandingan landskap universiti dan sekolah rendah.
Kreatif tahap tak boleh blah.
Cantik semuanya..
Rasa nak g satu tempat tangkap satu-satu gambar.









 Ikutkan, tak nak stay lama sangat.
Malam bukan ada apa kan?
Sekali ada terbaca ada 'Magic of The Night'.
Perarakan bot berwarna..
Tengok kawan-kawan,
semua redha je sebab tak sanggup nak cakap tak dekat muka yang sangat excited.

Baru tahu malam pun diorang pasang lampu.
Tapi since kamera sangatlah canggih,
dapat tangkap gambar ni je..






Ada bunga api sekali..
Sangat cantik..




Habis je bunga api, kawan-kawan ajak balik walaupun perarakan bot tu semua tak habis lagi.
Yelah, nanti berebut nak keluar parking.

Sila ingat betul-betul dimana anda parking kereta.
Boleh confuse dengan kereta yang macam semut.

Masa dah nak balik, nampak lagi ada bunga api.
Teruja walaupun nampak dari jauh je..



Selamat tinggal Floria.
Jumpa lagi tahun depan.

Insya-Allah.


Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

Apa yang nak bawa ni?

Aku tak pernah ada masalah nak packing barang.. Buat list, campak2, siap.. Walaupun last minit. Cuma unpack je stres Masa rajin hiking dulu, lagilah .. Pejam mata dah siap pack untuk trip 3 hari 2 malam.. Haha, berlagak gila.. Masuk hutan memanglah senang.. Baju tak payah banyak.. Bawa yang paling nipis dan ringan.. Seluar boleh kata memang recycle hari2 sebab kotor, nak basuh lagi bertambah berat..  Cuma bawa lebih satu untuk seluar tido dan boleh jadi back up seluar in case seluar sedia ada koyak ke apa.. #kisah benar Okay, stop reminiscing the past.. Sebab tak pernah pergi kursus lebih dari seminggu.. Masa buat umrah pun baju tak bawa banyak, sebab tahu lebih kepada pakai telekung.. Since ni trip kursus 6 minggu dan sambung 1 minggu backpack, aku list semua benda yang perlu bawa.. Bila dah susun semua, beg tak muat!! Target bawa satu beg travel yg besar tu je.. Tak pernah kot beg tak muat.. Okay, cari mood..  Tarik nafas... Keluar semua baju bal...

Peluang

Aku sedaya upaya cuba tak nak rasa menyesal.. Kebaanyakannya lebih kepada layanan kepada orang.. Aku akan tanya diri aku sendiri, aku akan menyesal ke bila buat macam ni kalau itu merupakan hari terakhir orang tu? Adakah aku akan menangis minta maaf tanpa henti? Bila aku diberi peluang, aku pun akan fikir macam tu.. Aku akan menyesal tak bila buat ni? Sebab tu bila kawan aku ajak aku on the spot, aku akan ambil masa sama ada nak bersetuju atau tak.. Sebab biasanya jawapan pertama yang akan keluar adalah tak.. Dalam sebulan yang lepas, aku dapat satu peluang permohonan untuk buat benda yang aku idamkan.. Namun, disebabkan aku rasa afraid of the unknown , aku lepaskan peluang tu.. Aku lansung tak memohon, dan buat pelbagai alasan kenapa aku tak sempat.. Lepas je tarikh tamat permohonan, aku terus rasa menyesal.. Aku tanya kat diri sendiri, kenapa aku tak mohon? Takut kena reject? Takut kalau dapat? Kelakar kan bila kita soalkan semula perasaan tu.. Rasa macam p...