Skip to main content

Abang Chik :'(

Ya Allah.. Senangnya kau mengambil balik sesuatu milikMu..

Abang Chik, kau akan selalu dalam hati..

Aku kenal abang chik tak lama, 
aku jumpa abang chik pun baru berapa kali je, 
tapi kehilangan kali ni sungguh terasa.

Dulu, masa dengar perkhabaran pemergian Nikki aku boleh kawal emosi. 
Sedih simpan dalam dada. 
Walaupun dari hari pertama Nikki jejak kaki kat rumah aku yang jaga dia..

Tapi, kali ni..

Depan mata sendiri, 
tak tahu mcm mana nak di ucapkan dengan kata-kata..



Abang chik,
Ingat lagi kali pertama aku nampak dia. 
Bulu hitam putih tapi ada sikit warna oren kat kiri kanan badan. 
Comel, kecik aja.


Abang aku cakap abang chik ni bagus. 
Ada sekor kucing beranak lima depan umah. 
Lepas beranak emak dia biarkan je.. 
Abang chik yang jaga dan ajak main budak2 berlima tu..

Masa tu aku layan tak layan je bang chik sebab lagi kesian dengan lima ekor anak kucing tu.. Tapi, masa aku keluarkan lima2 anak kucing tu keluar kotak suruh main, abang chik pelan2 pegi kat aku yang besila sambil duduk atas kaki aku..

Manjanya dia... Yang lima ekor tu sibuk jalan2 tengok umah, abang chik setia kat kaki aku.. Bila ada yang dah jalan jauh sikit, aku nak g amik sambil alihkan bang chik dia ngiau perlahan.. Pura2 protes..

Masa mandi, yang paling senang mandi bang chik lah..
Ngiau perlahan je.. Habis mandi, duduk dengan adik2 dia lima ekor dalam kotak besar..



Dari lima ekor, sampai tinggal dua je kucing kecik.. 
Dari emak kucing tu tak jaga anak dia sampailah dah nak tido dengan anak dia sama2..
Abang chik yang tido, main, makan sama2 dengan kucing2 kecik tu..


Ni dah sampai bergurau-gurau gigit-gigit..

Bila kita belai kucing kecik dalam kotak, abang chik kalau dia tido pun mesti dia jaga ngan pandang. Dia pun nak belai juga..
Bila belai2 dia, main dengan dia kejap, dia sukalah..


Semalam (3 Syawal) masa kopek udang, sibuk je dia kat sebelah.. 
Hulur kepala udang, laju je dia makan.. Kadang2 bila terhegeh2 nak buang kulit udang, dia dah hbs makan dia tunggu je.. Takde bunyi.. Bila dah kenyang, dia duduk tepi senyap2..

Hari ni (4 syawal) buat umah terbuka.. Bang chik takde kacau pun.. 
Duduk diam2 dalam kotak dengan adik dua orang.. Senyap je macam biasa.. Tak sangka ni hari dia yang terakhir..

Malam masa kemas, dia main2 dengan adik2 dia kat pintu.. 
Aku dengan abang tegur2 dia ngan adik2 dia jangan masuk rumah.. Dah malam, nanti susah nak cari bwk keluar..

Zapp.. Dalam sekelip mata peristiwa tu berlaku..

Aku ngan abang ak terpaku.. Tapi sedapkan hati kata tak ada apa2.. 
Dia kemudian lari lepastu terbaring. Tapi kaki dia gerak2 lagi laju macam nak lari dalam keadaan dia baring. Emak anak2 kucing tu berlari kat dia.. 
Aku pun pergi kat dia.. Perasan ada tahi kat bontot dia.. 
Aku amik dia, basuh kat paip.. Terkena tahi dia sikit, aku letak dia kat tepi.. Aku basuh yg terkena tahi.. Dia masih baring, tak nak bgn..
Kaki dia gerak macam tadi..

Aku dah sebak dah.. Abang aku datang, amik dia. 
Aku terus masuk rumah google klinik haiwan. Mana ada yang buka pukul 11 malam hari ahad ni?

Aku pandang abang aku..
Abang aku diam je..

Tengok abang chik, abang chik mata terbuka tapi dia dah tak boleh gerak..
Aku dah nak berlinang air mata. Abang ckp, esok pagi2 kita g klinik haiwan..
"kalau dah x de?" aku tanya
"nak buat mcm mana" dia jawab.



Aku tarik nafas. Terus buat kerja yang terbengkalai, malas nak fikir. Masa tengah cuci pinggan mangkuk, dengar ada orang cakap abang chik dah takde.
Aku ngan abang terus pegi kat abang chik. Abang chik dah tak gerak. Aku sentuh leher dia.. Aku rasa bergerak nadi dia..
Aku cakap "hidup lagi.."
Abang aku diam tengok aku.
Aku sentuh dada bang chik, tak gerak langsung..


Masa tu aku baru terima abang chik dah takde.. 
Abang aku tengok aku yang diam je.. 
Dia cakap. "takpe, kita biarkan je abang chik kat sini (dalam kotak dia) malam ni". Mungkin abang aku ingat aku tak boleh terima hakikat abang chik dah takde. Jadi dia lengahkan nak tanam bang chik..

Aku sambung basuh pinggan.. Nak sedih masuk bilik menangis sedu sedan pun tak guna.. Pinggan mangkuk tetap juga bertingkat-tingkat.. Tapi dah bertakung dah air mata.. Habis kemas mana yg patut aku nak g mandi. Cari baju tido kat almari takde. Pergi ke ampaian.. Ampaian tu sebelah je dengan kotak bang chik..

Aku tengok takde baju kat ampaian.. Aku kuatkan semangat tengok kotak bang chik.. Aku tengok dalam tu ada bang chik, adik dia dua ekor dengan emak adik.. Yang pilunya, adik2 dia baring sebelah abang chik.. Kepala diorang dekat dengan kepala bang chik.. Macam nak melepaskan rindu buat kali terakhir.. Emak adik yang aku tak pernah nampak masuk dalam kotak sekali dengan bang chik pun elok je duduk sebelah bang chik..

Aku dah tak tahan dah dengan air mata yang nak berjujuran terus cari abang aku.. Dengan tersekat-sekat tahan air mata, aku ckp adik2 dalam kotak bang chik.. Abang aku terus keluar pindahkan diorang ke kotak satu lagi..
Aku tak tengok.. 
Aku terus ambil tuala, masuk bilik air terus mandi (air mata)..



p/s: aku tak pernah diuji dengan kematian keluarga terdekat, jadi aku tak pernah merasai kehilangan yang sebenar.. Allah uji aku dengan kehilangan yang sikit je tapi susahnya ya Allah untuk aku terima.

Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

iCe aND PSYCH

After awhile looking for another worth-watching and download TV Series after Prison Break,  I tried to watched  Dexter . It is interesting. I just not did not fit to watching murder drama. Although in this drama it is not as bad as I make it sound. For my defense, I could not even watch Saw. My finger automatically click the X button at the upper-right just after 10 second of the opening. I do not know since when. One year ago, I still watching the Final Destination's and Wrong Turn's movies without any problem. Well, after looking for a while from my favorite downloading blog,  Mediafirefreaks I wanted to give a try to this drama series. The title itself make me curious. Psych. A new one. Is it like a vampire's story? Huahuahua.. The main character of this movie Shawn Spencer (James Rowdy- green shirt) and his parter Guster Burton (Dule Hill) were the most interesting partner ever. They were best friend but having an entirely different life. Gust...

Half-Nuang 2 : Solo trip

Plan bukan main baik nak join trip Gunung Hitam tarikh 13 Ogos 2016. Siap dah masuk dalam grup sebulan awal. Tetiba, Jumaat tu kena siapkan keje, pukul 12 malam baru balik lepas seharian berkurung di bilik mesyuarat. Minggu tu hari2 balik lambat. Tapi biasa sampai pukul 9 je. Tak buat keje fizikal pun, cuma taip kat computer, tapi perasaan masa tu penat sangat. Malam tu nak drive balik rumah yang amik masa 5 minit pun rasa tak larat. Tak boleh buka mata. Jadi, aku fikir daripada aku pewai, susahkan orang masa trek, baik aku tarik diri. Mesej dalam grup, minta maaf. Trus left. Haha.. Hari sabtu tu, masa lepak2 (konon2 tengah recover penat) tetiba rasa menyesal tak naik Gunung Hitam. Aku ada trip naik 5 gunung hujung bulan ni, tapi training cuma kat Tabur West . Tu pun sekali. Tak boleh jadi ni.. Dahlah aku join trip orang yang aku tak kenal, ada juga kena maki nanti. Kena training ni. Ok, tempat paling dekat dan paling hardcore yang aku pernah pergi…. ...