Skip to main content

Bukit Tabur West

Setelah berzaman tak mendaki, bila mula balik rasanya macam minta nyawa..
Rancang nak naik Broga je sebab ada kawan cakap kalau nak g hiking, ajak dia..
Sebab sedar diri sendiri lama tak hiking, dan sebab nak ajak orang, aku plan nak g tempat yang sekadar boleh keluarkan peluh dan tak bahaya.
Awal minggu semua kata on..
Lagi dua hari, semua ada hal..

Ada kawan memang ajak naik Tabur..
Tapi masa tu sebab aku dah ada plan, aku  tolak..
Bila plan cancel, buat muka tak malu cakap nak join dia..

Nasib baik dia ni jenis runner dan bukan kaki hiking..
Takdelah nak kejar sunrise bagai..
Konon aku cakap nak bawa makanan, tapi disebabkan jumaat tu balik lambat, xdelah aku rajin nak masak.
Tapi atas dasar join trip orang, aku bawaklah jajan2 untuk kunyah2..

23 Julai 2016
Pagi2 dah ada orang kejut bangun.
Gerak dalam pukul 7.10 pergi Bukit Melawati.
Pukul 8.20 baru naik..

Diorang cakap nak pergi East, tapi pusing pegi West..
Aku senyap je.. Haha, sebab join trip orang..
Rasa lama tak naik Tabur West ni waktu ada matahari, biasa pegi masa tak nampak jalan.
Hanya ditemani oleh suluhan lampu.

Sebab dah biasa, aku memang akan bawa beg isi air, baju hujan, makanan dan headlamp.
Just in case kan..
Kawan aku tu (si A) rilek je naik berlenggang.
Kawan dia lagi dua orang pun join.
Sorang bawak beg (B), sorang lagi berlenggang (C).
Eh, lupa nak cakap, aku sorang je perempuan.

Masa naik tu, nafas memang tak payah cakaplah..
Hah..Hah..Hah..
Paru-paru terkejut sebab kena kerja kuat hari tu..
Aku sendiri stress sebab stamina lari terus..
Nak cakap apa, last hiking bulan 2, lepas tu puasa, raya, makan tido..

Masa dah separuh nak ke CP1 (tempat lapang pertama), C tu cakap nak tunggu situ je..
Plan asal kitorang nak patah balik, sebab tak nak turun lalu jalan kebun, licin.
B cakap nak temankan C..
Aku hulurlah bekalan makanan aku. Air tin 100 Plus + biskut.. Memang bawa stok untuk 4 orang.
Dalam 10 minit macam tu, aku pandang A, A cakap jalan je, nanti diorang ikut..

Masa otw tu, aku Tanya A.
“Aku lambat sangat ke jalan sampai diorang tak nak ikut?”
A gelak. “Taklah. C tu injured main bola. Ankle terseliuh. Rilek ah, kita bukan nak kejar apa pun.”
Ok, lega sikit.

Masa naik tu jumpa geng budak university..
Dalam 20 orang, dua orang je pernah naik..
Lepas tu jumpa lagi grup 5 orang..
Sorang lelaki, 4 orang perempuan..
Yang pernah naik, lelaki tu dengan sorang perempuan.
Lagi 3 tak pernah naik..

Masa part yang kita decide sama ada nak teruskan atau patah balik, diorang boleh amik salah jalan.
Nasib baik walaupun sebelum ni jalan waktu gelap, aku ingat juga jalan..
So, tunjuk jalan yang betul..
Plan asal nak patah balik, cancel..
Teruskan sampai habis.
A cuba call B dan C. Tapi xde line.

A kan pegi berlenggang, so kitorang kongsi air n makanan.
Yang paling best, A pakai kasut lari, bukan hiking.
So, masa nak turun tu banyak kali tergelincir.
Aku memang stok jalan perlahan turun, gelak dalam hati je.
Sebab takut kena tinggal.

Kitorang sampai tempat keluar dalam pukul 11 lebih dengan jalan bersepah-sepah.
Rasa nikmat dapat berpeluh.

Sekian.

Comments