Yeah, buat keje gila lagi.
Lepas raya hari tu, kaki
gatal nak hiking tapi trip smua xde yang kna dengan jadual aku.
Masa diorang ada trip, aku
ada kenduri.
Diorang buat trip, aku
balik kampung.
Cubalah buat trip ikut
jadual aku, kan senang .
So, masa cari trip, nampak
iklan kat FB. Orang share.
Mula2, pandang je..
Lepas tu nampak sekali lagi
kat news feed, rasa macam best..
Bila lagi sekali nampak, PM
tanya harga trip..
Tiba-tiba dah beli tiket
flight dan bayar duit trip..
Eh..
5 Gunung tersebut adalah
- Gunung Penanggungan
- Gunung Arjuno
- Gunung Kembar 2
- Gunung Kembar 1
- Gunung Welirang
Aku buat post
ni, supaya senang nak rujuk lain kali. Dahlah pelupa tahap tak tahu nak cakap
apa. Gambar malas nak transfer pergi komputer, jadi aku amik gambar yang ada
je. Haha.. Sebelum ni, aku google langsung tak dapat info. Lepas balik, google
banyak pula. (>.<) Jadi, tepek sekali link2 kat sini. Most credit goes to
Google and bloggers..
*Disclaimer : all photos belong to the rightful owner
*Disclaimer : all photos belong to the rightful owner
Flight pukul 9 pagi, tapi
diorg suruh kumpul awal kat airport. Aku malas nak tido sejuk2 kat airport, so
aku amik first train KLIA Transit ke airport. Malam tu kat rumah walaupun atas
tilam empuk, langsung tak boleh tido. Berdebar-debar. Mulalah rasa menyesal semua.
Tapi nak buat macam mana. Dengan berbekalkan training naik Bukit
Tabur West, Nuang
sampai kem Pacat dan jalan kaki pusing keliling Taman Saujana Hijau, maka
pagi 30 Ogos 2016 berangkatlah ke Indonesia bagi menjalankan misi ini.
Lupa beritahu, ni trip
Merdeka ..
Ni lebih kurang log
perjalanan. Sebab pewai, tak log betul2.. Main ingat2 je tulis.
Segala kesilapan mohon
dimaafi.. \/(‘’,)
Dan kebanyakannya, aku yang
last sampai ke destinasi. Huahaha..
Hari
Pertama : Selasa, 30 Ogos
2016
- Tiba di airport Juanda, Surabaya, Indonesia
- Makan tengah hari
- Solat di Masjid Muhammad Cheng Ho
- Beli barang outdoor
- Check in Homestay di Tamiajeng
- Tido
Waktu di Surabaya awal satu
jam dari Malaysia. Waktu solat pun awal.
Contoh : Malaysia pukul
1.00 ptg, Surabaya pukul 12.00 tgh.
Dan masuk zuhur lebih
kurang 12.30 tgh waktu surabaya.
Jadi sepanjang kat sana,
aku tengok jam kena set mind, kena tolak sejam dan waktu solat awal sejam.. Punyalah
malas nak set jam (*.*)
Pertukaran duit waktu ni..
1 juta rupiah = RM 308. Jadi buat formula sendiri..
Jadi, 100,000 rph ≈ RM30
10,000 rph ≈ RM 3
1,000 rph ≈ 30 sen
Hari Kedua : Rabu, 31 Ogos
2016
- Pukul 1.00 pagi mula pendakian ke Gunung Penanggungan
- Subuh di Puncak Bayangan
- Pukul 5.30 pagi tiba di puncak
- Bergambar
- Pukul 6.30 pagi mula turun
- Pukul 10.00 pagi tiba di bawah
- Rehat
- Pukul 1.00 ptg naik van ke Tretes
- Mula mendaki dari Pos Ijin pukul 2.30 ptg
- Tiba di Kokopan pukul 6.30 ptg
Trek naik ke Gunung
Penanggungan tu, sebelah homestay je. Bagi aku sendiri, (tak tahulah orang
lain) trek naik ke Gunung Penanggungan sebiji macam naik Broga. Kan naik Broga
ada 3 part. Part jalan berbatu (lepas kelapa sawit), trek hutan (lepas masuk
pintu gerbang) dan trek naik bukit. Bezanya, naik Broga ambil masa 20 ke 30
minit (bergantung pada individu). Manakala Gunung Penanggungan pula mengambil
masa lebih kurang 4 jam ke puncak. Aku naik Broga pun pewai, jadi pandai2lah bayangkan
sendiri bila naik gunung ni. Nasib baik diorang semua rilek je masa naik. Setiap Pos berhenti. Borak2, gelak2.
Tak silap aku ada 4 pondok (orang
sana panggil Pos) sebelum sampai ke puncak bayangan @ puncak tipu. Ramai yang
kem kat sini. Sementara nak tunggu subuh, sempat aku tido. Lepas tu kelam kabut
sebab orang semua dah sembahyang, aku je baru nak solat. Huhu.. Sejuk ya amat
kat sini. Nampak macam dekat je puncak, tapi jalan2 tak sampai. Dalam sejam
juga baru sampai. View mmg superb and awesome. Angin kuat, tapi berejam duduk
atas ambil gambar baru turun.
Puncak Bayangan
Gambar di Puncak Penanggungan
Lepas makan tengah hari dan solat, naik van terus ke Tretes. Lepak kejap sambil makan snek dan bakso. Masing-masing sebenarnya macam malas nak jalan. Eh, ke aku je? Haha. Sebab baru turun Penanggungan, rehat kejap terus naik gunung lain. Tapi nak buat macam mana, sapa suruh join. Ya tak?
Gambar trek untuk 4 lagi gunung. Untuk hari kedua ni, kitorang
akan pergi ke sepertiga Gunung Arjuno dan akan camping di Kokopan. Jalan nak ke
Kokopan memang mental gila. Berbatu dan selekoh-selekoh. Trek macam never ending road Nuang yang lepas jalan
simen tu, tapi lagi dahsyat. Taklah pacak, tapi.... Haha, ayat mental.
Sampai Kokopan masa
betul-betul nak maghrib. Letak je beg, terus gelap. Dan aku terus pau orang
yang tengah buat air panas. Cuaca Alhamdulillah cerah. Suhu mula2 ok je. Lama2
duduk, boleh rasa nak beku. Diorang cakap ketinggian Kem Kokopan ni macam
Gunung Datuk. Sebab ak xde jam Suunto, aku anggukkan je. Ada sumber air kat
sini. Kecik, tapi bolehlah daripada xdekan..
Sapa nak pergi sini,
silalah beli baju thermal. Masa diorang
suruh bawa, aku rasa windbreaker dah cukup. Tapi kalau jenis tak tahan, boleh
menangis penyesalan. Semua lepak2, borak2, makan malam terus tido. Dari pukul
1.00 pagi lagi kot tak tido.
Lagi detail mengenai Gunung Penanggungan:
http://manusialembah.blogspot.my/2015/04/pendakian-gunung-penanggungan-1653-mdpl_21.html
Sumber trek : http://infopendaki.com/jalur-pendakian-gunung-arjuno-via-tretes/
Hari Ketiga : Khamis, 01
September 2016
- Subuh, sarapan
- Pukul 8.45 pagi mulakan pendakian ke Lembah Kidang
- Pukul 2.30 ptg sampai di Pondokan @ starbuck
- Pukul 3.00 ptg sampai ke Lembah Kidang
- Rehat
- Makan malam
Hari ketiga hari bersenang
lenang. Sebab masa berjalan untuk hari ni cuma 4 jam je. Mulanya masing2 nak
balas dendam bangun lambat sebab smlm kan kena kerja keras dari 1 pagi. Tapi
pagi2 masing2 dah bising. bangun solat subuh dan bergambar dengan matahari
terbit. Sebab kat sini subuh awal, pukul 7 dah macam pukul 9 pagi. Matahari
terik. Rancangan nak gerak pukul 10.00 diawalkan sebab tak nak berpanas.
Petutnya kitorang ke Kem
Kidang bawa beg besar, tapi disebabkan ada lori nak naik atas tu amik belirang
kat Gunung Welirang, kitorang tumpang beg dan jalan pakai beg daypack je.
Alhamdulillah. Bolehlah lari2. *bluegh*
Trek menaik, tapi tak
pacak. Jalan berbatu kecil, tapi masih lagi dalam suasana hutan. Jalan memang
santai gila. Aku rasa setiap 15 minit/20 minit berhenti. Amik gambar. Lepak.
Tido. Heaven betul. Memang rasa jalan-jalan makan angin. View pun cantik kiri
kanan. Sebelum sampai kem kidang, ada satu tempat nama pondokan. Kitorang
panggil Starbuck. Eh, ke aku je?
Bayangkan tengah jalan naik
gunung dalam hutan, ada orang jual air panas, maggi bungkus, jemput2 goreng,
keropok. Heaven ke tak heaven? Pertama kali duit habis masa dalam hutan. Haha..
Pakcik tu memang bahagia nampak kitorang. Tak menang tangan amik order. Semua
makan macam dah seminggu tak jumpa makanan. Tempat tu diberi nama Pondokan
sebab ada rumah kecik2 macam rumah Hobbit. Pandai amik gambar, memang cantik.
Dari Pondokan ni ke Kem
Kidang, amik masa dalam 15 minit je. Trek dia lalu lereng bukit. Sebab baru
lepas makan + dah kena bawa beg besar +
tak percaya dekat je, punyalah jalan bukan main slow. Konon2 menikmati keindahan alam, tapi sebenarnya dah malas nak
jalan.
Alhamdulillah sampai kat
Kem Kidang. Rehat, tunggu makan malam, tido. Diorang buat unggun api. Kawasan
lapang, sumber air pun ada. Besar sikit daripada kokopan.
Kat sinilah baru menyesal tak
bawa baju thermal. Dah pakai windbreaker dalam sleeping bag pun masih tak dapat
lawan kesejukannya. Hah, kat sini tido dalam khemah @ tent. Kalau kat fly, aku
rasa boleh beku. Guide sana pelik masa kitorang cerita tak bawa tent masa
camping di Malaysia. Pak, sapa yang mahu angkutnya? Fly tu pun dah berat..
Boleh tengok gambar trek
kat sini.
Hari Keempat : Jumaat, 02
September 2016
- Pukul 1.00 pagi, bangun, prepare beg daypack, minum air panas, makan snek
- Pukul 2.00 pagi mulakan pendakian ke Gunung Arjuno
- Pukul 7.00 pagi sampai ke Gunung Arjuno
- Gambar
- Pukul 8.15 pagi turun ke simpang. Kanan terus ke Lembah Kidang, Kiri ke Gunung Kembar 2
- Pukul 10.30 pagi menuju ke tempat pendakian Gunung Kembar 2
- Pukul 12.00 tgh tiba ke kaki Gunung Kembar 2
- Berehat
- Pukul 12.30 tgh mula mendaki Gunung Kembar 2
- Pukul 1.00 ptg tiba ke puncak
- Pukul 1.20 ptg mula turun ke kaki Gunung Kembar 2
- Makan tengah hari, solat bersiap ke Gunung Kembar 1
- Pukul 2.30 ptg mendaki Gunung Kembar 1
- Pukul 3.10 ptg turun Gunung Kembar 1 menuju ke Gunung Welirang
- Pukul 5.00 ptg tiba ke Puncak Gunung Welirang
- Pukul 5.30 ptg bergambar dan turun dari puncak Welirang
- Terus bergerak ke Lembah Kidang
- Pukul 8.00 malam tiba ke Lemah Kidang
- Makan malam, solat, tidur
Tak payahlah cerita detail pasal
hari keempat. Tak habis aku punya post ni karang. Kita cerita trek jelah. Pewai
tak payah cakap.
Dari Kem Kidang ke Arjuno
trek ni tiada maaf. Naik, pacak, sejuk, angin kuat. Semua benda ada. Trek hutan. Cuma dah nak
kat puncak, jalan berbatu sampai ke puncak Arjuno. Kitorang solat subuh kat Pasar Daeng (lebih kurang macam puncak tipu) dan buat air panas kat sini baru pergi ke puncak Arjuno.
Tak silap, ambil masa dalam 20 minit.
Dari Arjuno turun ke Kembar
2, trek cantik gila. Pokok Bonsai tinggi-tinggi.
Keluar je hutan, akan nampak satu kawasan lapang.
Diorang panggil tempat tu Kem Pelana.
Kem Pelana ni satu kawasan lapang, tengah2 antara Gunung Kembar 1 dan Gunung Kembar 2.
Kiri, Gunung Kembar 2,
Kanan, Gunung Kembar 1.
(silalah bayangkan.. haha..)
(silalah bayangkan.. haha..)
Dari bawah, nampak macam
Gunung Kembar 2 tu tinggi gila.
Jalan tanah, tapi memacak.
Mental tengah jalan.
Tak sangka ambil masa 30
minit je naik.
Gunung Kembar 1 pun
sama, 30 minit je. Jalan berbatu.
Gunung Welirang bagi aku leasure jalan. Trek lereng gunung.
Gunung Welirang ni tempat
orang keje ambil belerang, jadi trek dia cantik. (kalau nak compare dengan trek yang lain, haha)
Kebetulan hari yang kitorang
naik tu, Jumaat, diorang cuti. Jadi x nampak pekerja.
Cuma aku tak research pasal
gunung ni, jadi tak prepare buff @ penutup hidung.
Hadaplah bau belerang.
Nasib baik tak kuat.
Amik gambar sekeping dua,
group photo, terus turun.
Macam biasa, mental bila
balik.
Tiga jam jalan tak sampai2.
Pergh, nikmat sampai dapat
air panas dan makanan.
Alhamdulillah
Gambar trek Gunung welirang boleh
tengok kat sini
Hari Kelima : Sabtu, 03
September 2016
- Bangun, solat, sarapan
- Pukul 8.00 pagi gerak turun dari Lembah Kidang ke Pos Ijin
- Pukul 11.00 pagi tiba di Kokopan
- Pukul 2.00 petang tiba di Pos Ijin
- Check in hotel, rehat
- Makan malam, jalan2 di sekitar.
Target hari ni nak keluar je. Pagi tu dah sarapan Maggi kat Kem Kidang, turun je semua terus serbu kedai kat Pondokan @ Starbuck macam tak makan dari semalam. Rupanya diorang dah cakap kat pakcik tu kitorang turun hari Sabtu, sebab tu pakcik tu awal2 dah buka kedai. Sorang makan, habis dalam 20-30 ribu.. Bayangkan tahap melantak.. Aku rasa nilah satu-satunya trip hiking yang berat aku tak turun..huhu..
Sempat juga interview pakcik tu. Pakcik tu cakap, dia naik dari bawah hari2.
Hah??
Amik masa dalam 3 jam naik.
What??
Dia cakap, kejap je turun. Dalam satu jam setengah boleh sampai Kokopan.
Serious???
Silalah bersyukur dengan pekerjaan yang sedia ada ni.
Otw turun tu, nampak pula ada pakcik ni bawa keropok + nasi ambeng untuk dijual kat gerai di Pondokan. Diorang beli lagi, berhenti makan kat tepi. Wei, perut apa korang ni??
Dan bila sampai Kokopan baru perasan yang rumah kecik tepi tu adalah kedai. Hari tu masa kitorang camping, kedai tu dah tutup sebab malam. Kat sini pula, diorang order air panas dan gorengan. Pergh.. Respek gila dengan bebudak ni.. Makan makan, lepas tu turun berdesup.
Hari melayan trek turun. Kaki kuat bolehlah lari-lari. Kesian orang yang kena jalan dengan aku, naik slow, turun pun slow. Bilalah nak laju kan? Hahaha.
Masa turun tu, baru jumpa pendaki Indonesia lain. Diorang baru nak naik ke Arjuno, yelah kan hari Sabtu. Kagum gila dengar kitorang tapau 5 gunung. Haha, dah sampai bolehlah berlagak, cuba tak sampai.
Eh, bongkak pula. Astaghfirullahalazim.
Sempat juga interview pakcik tu. Pakcik tu cakap, dia naik dari bawah hari2.
Hah??
Amik masa dalam 3 jam naik.
What??
Dia cakap, kejap je turun. Dalam satu jam setengah boleh sampai Kokopan.
Serious???
Silalah bersyukur dengan pekerjaan yang sedia ada ni.
Otw turun tu, nampak pula ada pakcik ni bawa keropok + nasi ambeng untuk dijual kat gerai di Pondokan. Diorang beli lagi, berhenti makan kat tepi. Wei, perut apa korang ni??
Dan bila sampai Kokopan baru perasan yang rumah kecik tepi tu adalah kedai. Hari tu masa kitorang camping, kedai tu dah tutup sebab malam. Kat sini pula, diorang order air panas dan gorengan. Pergh.. Respek gila dengan bebudak ni.. Makan makan, lepas tu turun berdesup.
Hari melayan trek turun. Kaki kuat bolehlah lari-lari. Kesian orang yang kena jalan dengan aku, naik slow, turun pun slow. Bilalah nak laju kan? Hahaha.
Masa turun tu, baru jumpa pendaki Indonesia lain. Diorang baru nak naik ke Arjuno, yelah kan hari Sabtu. Kagum gila dengar kitorang tapau 5 gunung. Haha, dah sampai bolehlah berlagak, cuba tak sampai.
Eh, bongkak pula. Astaghfirullahalazim.
Sampai je hotel, mandi, terustido.
Hari Keenam : Ahad, 04
September 2016
- Check out hotel
- Sarapan
- Melawat Chandi Jawi
- Pergi kedai outdoor
- Makan tengah hari
- Airport
- Bergerak pulang
Asalnya dalam tentatif ada
mandi air terjun, tapi takut tak cukup masa, pergi Chandi Jawi je. Ni kelakar.
Masuk, amik posisi bergambar, terus keluar. Yang lain dah tak sabar nak g
shopping kat kedai outdoor. Sepanjang pergi airport, aku tido. Terjaga sebab ada yang minta berhenti nak
minum air kelapa yang orang jual tepi jalan. Air memang sedap, Cuma isi kelapa
keras sikit.
Sebab takkan nak beli
barang outdoor untuk family, shopping kat airport.
Habis rupiah den. Dari
jutawan menjadi habukwan..
Flight balik pukul 3.00
petang waktu tempatan..
Semua menyesal sebab amik
flight petang sebab tak puas hati tak dapat jalan2 lagi..
Haha..
Alhamdulillah trip berakhir tanpa kecederaan..
Terima kasih semua yang membantu dan memberi semangat sepanjang trip..
Sekian, harap membantu kepada sesiapa yang tengah google info.
Terima kasih semua yang membantu dan memberi semangat sepanjang trip..
Sekian, harap membantu kepada sesiapa yang tengah google info.
Rujukan :
Google
Comments
Post a Comment