Skip to main content

Half-Nuang 2 : Solo trip

Plan bukan main baik nak join trip Gunung Hitam tarikh 13 Ogos 2016.
Siap dah masuk dalam grup sebulan awal.
Tetiba, Jumaat tu kena siapkan keje, pukul 12 malam baru balik lepas seharian berkurung di bilik mesyuarat. Minggu tu hari2 balik lambat. Tapi biasa sampai pukul 9 je.
Tak buat keje fizikal pun, cuma taip kat computer, tapi perasaan masa tu penat sangat.
Malam tu nak drive balik rumah yang amik masa 5 minit pun rasa tak larat. Tak boleh buka mata.
Jadi, aku fikir daripada aku pewai, susahkan orang masa trek, baik aku tarik diri.
Mesej dalam grup, minta maaf. Trus left. Haha..

Hari sabtu tu, masa lepak2 (konon2 tengah recover penat) tetiba rasa menyesal tak naik Gunung Hitam.
Aku ada trip naik 5 gunung hujung bulan ni, tapi training cuma kat Tabur West. Tu pun sekali.
Tak boleh jadi ni.. Dahlah aku join trip orang yang aku tak kenal, ada juga kena maki nanti.
Kena training ni.
Ok, tempat paling dekat dan paling hardcore yang aku pernah pergi….
 Gunung Nuang..
So, malam tu dengan semangatnya aku masak makanan, prepare barang2..

Semua geng hiking busy..
Yelah, plan pun last minit..
Aku dah rasa nervous..
Aku pernah hiking sorang kat broga je..

Walaupun dah dua kali naik Nuang,
Tapi perasaan nak naik Nuang sorang, dengan banyak kes mistik aku dengar, rasa berdebar lain macam..
Kuatkan semangat.. Kuatkan semangat..
Malam tu sempat  baca blog pasal orang yang baru pertama kali hiking, g naik Nuang..
Aku jahat gila, gelakkan diorang..

Okay, be strong..
Pegi je..

Pukul 2 pagi baru tido sbb nervous..


14 Ogos 2016.

Sebab sorang, pukul 7 baru gerak dari rumah..
Pukul 8 baru start hiking..
Buat muka confident, gi daftar.
Yang jaga tu Tanya. “Sorang je ke?
“A’ah..”
Muka dia terkejut. “Sampai puncak?”
AKu gelak.  “Plan macam tu. Tapi kalau pukul 12.30 tak sampai, terus patah balik,”
Dia angguk sambil senyum2.

Aku sedar diri kot.
Dahlah jalan tak laju, pegi sorang naik Nuang, perempuan pulak tu..
Walaupun semua benda aku bawa as back up, tapi memang nak keluar sebelum gelap.
Masa kat jalan balak tu, jumpa grup budak university naik..
Kesian kat yang kena paksa join..
Haha, masa ni aku tak tahu bala apa yang akan datang kat aku.

Sampai Lolo, rehat kejap.
Borak dengan satu pasangan cina.
Diorang tegur,” Sorang ke?”.. Aku angguk..
Aku cakap ”Macam tak larat nak g puncak.” (Biasalah ayat… =p)
Dia cakap. “You boleh punya.” Diorang plan nak g puncak.

Aku gerak dulu. Biasalah bila xde geng, xde sebab pun nak lepak lama2..
Aku ushar juga kiri kanan, mana tahu ada geng yang aku kenal.
Ada juga budak yang dalam grup Whatsapp cakap nak g Nuang, tapi sbb aku x kenal dan tak nak susahkan diorang tggu aku yang jalan tahap siput sedut ni, takdelah aku cakap nak join.

Hah, masa nak ke pacat, barulah tahu erti penyesalan.
Haha..
Setengah jam pertama dah malas nak jalan..
Couple cina tu dah berjaya memotong aku..
Terserempak dengan satu grup lelaki ni, 3 orang.
Boleh nampak yang 2 orang tu bukan kaki hiking.
Masa tu aku malas nak tegur orang. Senyum je.
Keje kitorang, aku potong dia, lps tu berhenti depan sikit.
Diorang potong aku, lps tu berhenti depan sikit.

Dah 2,3 kali macam tu, aku decide tegur sambil join diorang.
Yeah, ada geng pewai..
Diorang kata tak larat, nak buat sampai Pacat je.
Yeah, jom sampai pacat je.
Diorang ikut trip company.
Aku gelak sambil dalam hati. “Trip company, pegilah tempat best2. Tak pun Gunung Datuk ke. Sapa punya idelah naik Nuang”.

Aku ingat, dalam separuh perjalanan nak sampai Pacat, akan jumpa kawasan lapang sikit belah kanan..
Rasa lama gila nak sampai situ..
Part paling best, dalam 10 minit nak sampai pacat (masa tu tak tahu lagi 10 minit sbb stress x sampai2), kaki aku krem.
Krem tu kan biasa.
Aku rilek je..
Berhenti kejap, gerak2 ibu jari..
Dah ok, jalan lagi..
Eh, tak sampai 3 langkah dah krem lagi..
Dah sudah..
Minum air.. Krem lagi..

Haha.. Mampu gelak je..
Jalan slow2 dan Alhamdulillah sampai juga Pacat.
Pergh, perasaan waktu tu..


Aku lepak dengan couple cina tadi.
Yang perempuan tu cakap, dia tak larat nak g puncak..
Kalau aku nak g puncak, husband dia boleh teman..
Aku mampu gelak je..
Aku lunjur kaki, cakap cramp sambil keluarkan bekal makanan..
Diorang tanya, ada garam tak.
Aku cakap ada. Padahal xde. Dalam hati aku cakap, ada garam dalam makanan..
Segan kot nak minta dengan orang yang kita tak kenal.
Tapi mungkin ilmu penipuan aku tak tahap tinggi lagi, dia bagi aku hydration salt.
Siap bagi arahan. “campur dengan air dulu baru minum.”
Nampak sangat nubis. Sebab sebelum ni, geng aku bawa je garam, tapi memang garam yang buat masak tu. Makan sebelum hiking. Kalau dia x bg arahan macam tu, mmg aku makan je garam tu.

Masa tu baru 10.30 pagi
Sempat sangat kalau nak ke puncak.
Tapi dengan krem kaki dan tiada motivasi (haha, apa2 jelah labu. Padahal malas) aku lepak kat Pacat.
Pertama kali tido on trek.
Bangun sebab dengar azan. Terkejut aku, Tengok jam, baru  11 lebih. Nampak sangat pewai melampau.
Couple cina tu dah xde, group budak universiti duduk sebelah aku..
Aku decide turun. Geng lelaki 3 orang tu masih lepak lagi.
Diorang suruh aku turun slow2..
Tak payah suruh,  aku memang slow gila..

Masa turun tu, dah biasa dah dengar bunyi desup2..
Otai terbang masa turun.. So, kena jalan tepi2 bagi diorang lalu.
Padahal turun, tapi sampai lolo aku dah rasa peluh2.
Nak lepak sana, segan sebab aku sorang, ramai yang camping.

Masa lepas dari empangan, baru perasan ada orang follow.
Dua lelaki.
Sampai je kat gazebo bawah tu, terus lepak..
Waduh, gawat amat aku ni..
Lepas tu, nampak gazebo seterusnya lepak lagi..
Dua lelaki tu still follow..  Lepak pun sama2.. Risau kot kat sorang perempuan ni.
Diorang pun join trip company, tapi diorang buat sampai Lolo . Lain company dgn budak 3 org tu.
Memang trend trip company sekarang naik Gunung ke?
Confuse aku.

Berjaya keluar pukul 3 lebih..
Ingat nak solat zuhur kat rumah, tapi nak keluar dari Hulu Langat tu jem plak.
So, solat kat Petronas.
Habis solat, mata tak boleh buka..
Rasa tenaga habis dah..
Bantai tido kat situ pulak. Nasib baik takde orang..

Seminggu otot peha sakit..
Rasakan...



*Sedikit Info Gunung Nuang 
  • Gunung tertinggi di Selangor 
  • Boleh dinaiki daripada Janda Baik, Pahang atau Pangsun, Hulu Langat
Laluan Pangsun
  • Terdapat 2 kem @ check point : Kem Lolo dan Kem Pacat. Kedua kem ini mempunyai sumber air dan sesuai untuk dijadikan tempat berkhemah 
  • Sebelum sampai puncak Gunung Nuang dan selepas kem Pacat, ada tempat bernama Puncak Pengasih @ puncak tipu. 
  • Standard pendakian ke puncak mengambil masa 6 jam: 1.5 jam  ke Lolo, 2 jam ke Kem Pacat dan 2.5 jam ke Puncak. 
  • Semakin ke puncak, semakin mencanak pendakian

Comments

Popular posts from this blog

2021

Tahun 2021. Tahun yang mencabar bagi kebanyakan kita. Bagi aku sendiri, aku rasa macam dejavu. Macam baru je 2020. Aku masih lagi ingat masa aku sekolah dulu, aku duk kira-kira berapa tahun lagi nak ke 2020? Berapa umur aku masa tu? Aku cuba bayangkan apa yang kita impikan ada di tahun 2020. Pernah tak bermimpi apa yang berlaku pada masa ni? Mungkin kebanyakan kita bayangkan kemakmuran dan kemajuan. Kita bangga dengan teknologi yang kita ada sekarang. Zaman silam tak secanggih kita. Namun, apa kata sekiranya zaman silam yang kita rasa ketinggalan itu adalah lebih maju dan lebih baik dari kita? Ok, pertama sekali? Apa erti kemajuan? Infrastruktur? Kemewahan negara? Hasil yang dapat dikongsi bersama? Hanya sekadar perkongsian.

iCe aND MuSiC iii

The best thing living in Johor is you can get the reception from  our neighbors countries. Indonesia and Singapore. But, to get better signal of  Indonesian's channel it's quite troublesome than Singapore as it need a higher aerial and some additional stuff. However, for people like me who can't afford for ASTRO, it is good enough for us  watching from other country's tv station. Well, my point is, last 2 weeks I watched this reality tv that came from America called Sing-Off. How amazed I am to watch and hear those groups sing and vocalise the song like it used some instruments like guiter, drum and even violin; using only their mouth. My housemate still cannot believe  that they didn't need help from  other instruments and the sounds are coming from their mouth. With this I embedded some vidoes that manage to get my attention and make me searching for them  in YouTube. Enjoy =) This group if I'm not mistaken all came from the same university. I rea...

AiS DaN MuZiK II

Actually I decided to write this entry in Malay, but because both of songs here are english, so better write in that languanga. (Whatever, hehe..) There are two reasons why I love some kind of song First : The music of the song. Second : The lyrics that are meaningful. Sometimes we met some songs that are really sound lame/bored on our ears, but not many of us ever realise whether the lyrics is also as lame/bored as the song. Actually this nothing to do with the song below. Just want to share my latest favourite song. Enjoy~ Nelly - Just A Dream. The next song was my favourite. But haven't heard it for awhile. Have really nice lyrics compare to the above song. Really helping the girls. Helping? Helping us to carefully choose our partner. Enjoy the song and give attention to the lyrics. Really~ Lyfe Jennings - Statistics Lyrics: From Azlyrics