Kalau ada ruangan kegemaran dalam mana-mana borang yang saya isi, saya pasti akan isi membaca di dalamnya. Saya pasti ramai yang berkongsi minat yang sama. Namun banyakkah yang tahu, bahawa membaca itu sebenarnya bukan lahir semulajadi, ianya adalah perlu dipupuk. Dari kecil saya rasakan kegemaran saya itu bersifat semulajadi. Sudah tentu sebagai gadis remaja, saya menjadikan novel sebagai pilihan saya. Sekarang, sesudah saya meningkat dewasa, saya memilih bahan bacaan. Hanya yang menarik sahaja yang saya akan baca. Tidak tahu bagaimana, dalam suatu ketika, minat saya membaca hilang. Jika dulu, saya boleh habis membaca novel 500 muka surat sehari, kini tidak. Satu novel pun memakan masa beberapa hari. Kadang-kala seminggu. Biarpun minat membaca saya semakin pudar, saya tetap menghabiskan wang dalam jumlah yang besar, jika ada pesta buku dan seumpamanya. Saya akan simpan dan apabila bosan akan saya baca. Saya jarang mencuba membaca novel yang ditulis oleh novelis yang saya tidak per...
Sedapnya bila makan ais kacang...